Thursday, November 18, 2010

Membaiki “Task Manager is Disabled”

Satu lagi masalah yang biasa dihadapi apabila windows diserang virus adalah Task Manager tidak dapat dipaparkan ataupun telah disekat serta memaparkan kotak mesej “Task Manager has
been disabled by your administrator.”
Untuk memulihkan keadaan,apa yang perlu anda lakukan ialah membuang virus yang terdapat didalam komputer dengan perisian antivirus seperti malwarebytes dan dr.web.(Saya lebih suka menggunakan perisian ini untuk membuang virus kerana ianya lebih mudah dan tepat).Anda boleh dapatkannya disini http://www.freedrweb.com/cureit/ untuk dr.web dan http://www.malwarebytes.org/ untuk malwarebytes.
Sila pastikan anda mematikan Systems Restore service terlebih dahulu sebelum mengimbas virus.Hidupkan kembali selepas virus dibuang.

Kadangkala Task Manager anda akan dapat dipaparkan selepas virus dibuang.Jika tidak berjaya,anda boleh mengikuti salah satu cara yang terdapat dibawah:

CARA 1:
Menggunakan Registry Editor (regedit)
Pada kotak Run, taipkan regedit dan tekan Enter.(Jika Regedit anda tidak dapat dipaparkan,sila baca post ini.
2. Pergi ke HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies.
3. Cari DisableTaskMgr dan tukarkannya kepada 0.

CARA 2.

Menggunakan Group Policy Editor (gpedit.msc).Sekiranya anda tidak berjaya memaparkan kotak gpedit.msc,sila baca post ini
1. Pada kotak Run, taipkan gpedit.msc dan tekan Enter untuk melancarkan Group Policy Editor.
2. Pergi ke User Configuration\Administrative Templates\System\Ctrl + Alt + Del Options
3. Pada bahagian kanan, double-click pada Remove Task Manager dan tukarkannya kepada Disabled.

No comments:

Post a Comment