Wednesday, June 5, 2013

Percuma 20GB saiz simpanan Cloud dengan Copy

Pernah tak sebelum ini anda menggunakan applikasi seperti ini?

Tapi pernahkah anda menggunkan aplikasi ini?


Ok ok.Copy adalah merupakan servis sokongan Cloud seperti yang disediakan Dropbox dan dilancarkan oleh Barracuda Network iaitu antara pembekal yang terbesar  yang menyediakan perlindungan dan keselamatan serta sokongan data.
Bagaimanakah Copy  berfungsi? Sama seperti Dropbox, apabila aplikasi dipasang di dalam PC/Mac, satu folder akan dicipta di dalam komputer yang mana akan sentiasa di sync kepada Cloud. Sebarang data yang dimasukkan kedalam folder akan disync kepada Cloud secara automatik. Ini membenarkan anda membuat salinan fail,berkongsi fail antara komputer dan talifon mudah alih dengan lebih mudah terutamanya apabila fail tersebut bersaiz besar yang mana tidak boleh dikepilkan didalam email.

Berbanding dengan Dropbox yang memberikan saiz simpanan permulaan sebanyak 2GB,anda akan mendapat saiz simpanan sebanyak 15GB secara percuma  dengan mendaftar (yang mana sangat ringkas) untuk perkhidmatan ini.Anda juga akan mendapat tambahan simpanan sebanyak 5GB apabila memasang aplikasi ke dalam komputer anda.Untuk mendapatkan saiz tambahan,anda boleh mempromosikan Copy  dan setiap pendaftaran yang berjaya akan memberikan anda saiz tambahan simpanan sebanyak 5GB.


Kelebihan Copy.com vs Dropbox


  1. Saiz permulaan sebanyak 15GB berbanding 2GB.
  2. Tambahan 5GB untuk setiap pendaftaran baru dengan menggunakan referral link akan diberikan kepada pendaftar dan juga pemilik referral link setelah pendaftaran diaktifkan dan aplikasi dipasang ke dalam komputer.Dropbox hanya memberikan 500MB kepada pemilik link  referral tetapi pendaftar tidak mendapat sebarang bonus saiz tambahan.

  1. Tiada had limit untuk bonus saiz tambahan.Dropbox menghadkan bonus saiz tambahan sebanyak 16GB sahaja dan terhad untuk 32 rakan.
  2. Berkongsi folder melalui internet adalah lebih selamat. Dalam dropbox, apabila anda berkongsi pautan, anda tidak mempunyai kawalan jika link tersebut diemelkan kepada orang lain. Dengan Copy, anda boleh masukkan nama pengguna yang khusus (alamat e-mel) dan menyekat akses folder yang dikongsi daripada pengguna lain.
  3. Antaramuka laman web yang lebih ringkas dan mudah untuk melihat fail melalui laman web.
  4. Anda boleh berkongsi pautan kepada fail dari aplikasi dan bukannya diarahkan semula ke laman web dan perkongsian daripada sana seperti Dropbox.
Dapatkan Copy di sini 

No comments:

Post a Comment