Sunday, August 23, 2009

Mac:bencana2 besar dan bagaimana menghadapinya


Ok.Ni adalah complete version bagi topic yg bambi post kat forum bertajuk Mac:bencana2 bessar dan bagaimana menhadapinya. bagaimana nk menghadapi bencana-bencana besar yg akan atau korg sedang alami dengan Mac korg. mungkin ada yg da tau tp bambi tetap nk share coz bambi xrasa sumer org tau pasal nde nih. Lagi 1 ni nak bagaitau tuan/puan/adik/kakak/abang sumer jangan korg ingat Mac ni stabil,so korg wat donno jek bab2 nk penjagaan ni. even stabil mane pn benda ni,xsemestinya mac korg tu immortal. kalau dah korg jaga lebih kureng je,kadang2 dia wat onar gakkn?
Kat cni ade beberapa benda yg korg kene sentiasa take note and tau camne nk troubleshoot Mac kalau nde gni jadi:

1-keyboard bila da dimandikan dengan air/liquid/fresh orange/tea tarik/milo ais..etc atas macbook

Langkah kaki kanan:
Bila korg da tertumpahkan benda2 seperti diatas ataupun adik-beradik spesies atas tu,korg kene bergerak sepantas kilat dan cabut plug komputer atau bateri.
Kemudian terbalikkan utk proses pengeringan.Lid tu korg kena bukak skit. AWAS! Jangan sesekali korg keringkannya guna mesin basuh sebab kemungkinan besar korg kena pegi kedai utk beli MACBOOK baru.Gunakan towel,kain,kertas or anything yg meresap and letak kat bawah machine tu.
Bila da kering or korg rasa2 cam da kering tu, jangan on Mac dalam masa kurang 72 jam. JANGAN guna hair-dryer! Memangla proses pengeringan tu lagi cepat tp… bila gunakan hair-dryer,ia akan memanaskan air n computer component tu sendiri.
Bila da cukup 3 hari 3 malam or lebih, cuba on balik mac tu and tengok kalau boleh start up normally. kalau tak,nasib korang memang tak baik. mungkin korang perlukan simpanan jangka masa panjang utk baikinya atau ..HEH.BELI BARU.^,^ 
bye2 Mac :cry:
Perlu diingat,jauhilah minuman sejuk bila korg berdua-duaan ngan mac korg tu sebab bila air sejuk bertemu dengan komponen panas,hehe alamatnye cam korang goreng pisang panas leee…


2-STARTUP mode stuck


Langkah kaki kanan:
Bila da sejam on Mac tapi Mac tu malu2 kucing untuk booting up and asyik tunjuk startup skrin tu je..apalagi,force shutdown Mac korang dengan menekan power button sampaila Mac tu dengan sendirinya mematikan dirinya(shutdown)
Dan tekan power button balik,dan cepat2 hold down command dan S key bila machine da startup.dan korang akan nampak tulisan putih dekat skrin(maknanya korang da masuk Single-user mode-ala2 safe mode bagi window)

Bila da Nampak #command prompt,tulis kat situ /sbin/fsck-fy (fsck stand for file systems consistency check utility) dan tekan butangReturn.Sekarang pegi tengok tv sebab machine korg tengah wat maintance dan membaiki segala problem yg ada.Estimate time:15 minit atau lebih.
Sekarang check balik machine dan cari perkataan “No problem were found”.Kalau takde n kuar message ni “File systems was modified”-korang rerun command tadi sampaila perkataan “No problem were found kuar”.Taip reboot and hit return.
Langkah kaki kiri:-Bila jalan di atas tadi tiada penyelesaian,masukkan OSX install disc.reboot.Tekan button Csebaik mac startup.Kalau guna mac os 10.4 atau later, masuk \Application\utilities\disk utility.Select hard disk dan pilih Repair Disk.Kalau xde error,klik Repair Disk Permission.
Ikut langkah sama bagi mac os 10.2 dan disk utility berada di path Installer\Open disk utility.
Langkah dua belah kaki:Mari kita susahkan org2 Apple dengan menyerahkan kepada yang pakar(Apple Care)
3-Mac fail to boot.
Langkah kaki kanan-Ni bukan malu2 kucing lagi dah ni,ni dah kira mencabar kesabaran dah ni.Kalau korang tak dengar langsung startup chime,power indicator pn xnyala,and xde apa2 bunyi dari harddisk ataupun kipas Mac,cuba cabut power cord,cabut bateri(kalau MAcbook),unplug segala peripheral cam scanner,printer,usb,etc..kira sampai 60(pelan2).reconnect blk.on power,check ok atau tak.kalau tak..buang balik semua2 tu and plug balik satu2.cuba check,ok ?
Langkah kaki kiri-tak ok lagi?cabut balik semua yg tadi.Cuba try reset Systems Management Controller.Apa itu Systems management Controller?Benda ni fungsinya cam nak bagi Mac korg recognize bateri atau power supply.Kalau benda nii corrupt for surela Mac tak boleh kenal bendda2 ni.Caranya-pergi susahkan org Apple.Hubungi mereka untuk mendapatkan cara bagaimana reset SMC tadi sebab lain jenis Mac lainlah caranya.
4-Mac slow tahap gaban

Langkah kaki kanan
:Dulu laju but then now slow tahap gaban.Window 98 guna Pentium 2 pn laju pada mac korang.Heh.jangan la nk salahkan Mac tu dah kaput.Check dulu samaada korg ada hobi download tah hape2 punye toolbar or install program yg korg guna sekali seumur hidup dan kat desktop tu da terlalu banyak folder or icon sampaikan korg pn xtau mana 1 folder yg korg nk cari.Bawak2la buang benda2 yg takde nilai lagi dalam Mac tu.Wat nyemak jek.Sesekali rajin2la wat housekeeping.Lagipun bila hard disk korg da mula penuh,jangan risau,kelembapan Mac korg akan bertambah ke tahap kritikal sebab Mac menggunakan VM( virtual memory) yang mana bergantung kepada free space hd Mac tu sendirii.

langkah kaki kiri-
satu lagi penyebab ketidakpantasan Mac adalah disebabkan kepanasan didalam machine tu sendiri akibat pengudaraan terhalang oleh debu,habuk2,bulu2 yang beranak pinak dalam tu.Nak buang bende2 ni memerlukan kepakaran mencabut casing cpu dan penyahdebuan dengan menggunakan sebotol compress air yg korg boleh dapat kat mana2 kedai jual hardware atau kedai DIY dan bukan kat butik2 datin saripah,mastura atau datin ani.Blow segala benda asing didalam machine tu dan harus diingat jangan blow lebih kedalam machine sebab itu hanya memburukkan keaadaan je.Kalau korg takde kepakaran ni,bawak pergi ke mana2 caw.AppleICare dan susahkan mereka untuk membersihkan Mac korang dan minta dorang tunjukkan sekali cara2 yg betul menggunakan compress air ni.

Langkah due belah kaki:

Dulu hanya ada 1 2 yg run at startup.Tapi kerana korg xdapat bersabar utk launch sesuatu application cam cs3,korg pn setkn application tu run kt startup.huh!semua program plak tu.Now,bl nk boot Mac,mulala korg kena menyabarkan diri sendiri utk tunggu Mac tu boot.Kan da makan diri sendiri..cuba buang seberapa byk startup item yg takberguna agar Mac tu laju cket time start up.Utk tengok startup item->pergi ke Systems preference-->User account-->startup item.

5-Application dah tunjuk taring.
Langkah kaki kanan:
Dulu bila korg launch je mana2 program,dengan baiknya mereka mematuhi arahan korang tapi sekarang application korg dah tunjuk taring.Crash sana sini.Cuba korg pk sejenak.Adakah korg ada install systems update?install software baru?tukar ape2 kat machine korg?kadang2 kita Cuma buat systems update je.Cuba apply update bagi application yg dah mula mogok tu.
Bila dorg still mogok,check program preference tu set kepada default.Atau cuba run application tu menggunakan user account baru.Kalau aktiviti mogok masih dijalankan,mungkin masalahnya dekat personal program preference.
Cuba buang preference program tu dari Users/Library/Preference’s folder.Kadang2 ada program yg akan auto create preference file tu bila kita launch program tu cam cs2 dan cs3 suite.Kalau tak tau nak reset,check kat website program tu.
Langkah kaki kiri-
Font yg da corrupt pn akan memberikan kesan kepada system korang.Nnt bambi tjk macamana nk deal dengan font yg bermasaalah ni.

6-Mac  mengeluarkan bunyi-bunyian sumbang
Langkah kaki kanan-
Bila korang dah mula dengar bunyi-bunyian sumbang dari Mac korg xkirala High –pitch or pitching lari ke..vibrato salah ke..yang datang dr hd tu maknanye hard disk korg dah mula memasuki alam nazak yg boleh membawa maut.Selain tu gak korg boleh tau bila selalu sangat application tu freeze,ataupun file korg tu tetiba missing,masa boot pn selalu je hang dan  slow giler time  bukak file or folder (maklumla..da tua).So,bila simptom2 ni muncul,cepat2la backup segala data yg ada serta backup la wang lebih sebab itu tandanya korg kena tukar hard disk baru(bukan bini baru).
7-Font
Langkah kaki kanan:
Korg ade problem dengan display terutama bila font yg kuar tu comot2 or kuar font china?Application selalu crash?Printing output xokay?Semua ni salah font.Ye!mari kita salahkan FONT!!Tapi bukan semua font.Cume Font JAHAT je atau dalam bahasa omputih bad font.
Kalau dalam OSX(tiger dan leopard) kita boleh check font jahat(bad font) dengan menggunakan font book.Buka applicationfont  book.Bila da buka tu tekan Command+klik @ Command +A utk pilih mana2 font untuk dicheck tahap keganasannya. Kemudian pergi File-Validate fonts.Kalau jumpa font yg corrupt ,korg akan nampak icon X dekat font tu.Tekan checkbox sebelah font jahat tu dan klik button Remove Checked untuk membuang kejahatan tu drpd bermahajalela dlm system korg.Kalau ada warning kaler kuning  dekat font tu,maknanye font tu berisiko membesar sebagai penjahat so kena manually  buang dari font folder,restart dan tengok balik kalau2 problem tu berjaya disetelkan.
OSX yg lama rasenya kena wat manual satu2.so klu korg guna OSx yg before tiger cam panther ke..maknanye korg kena belajar bersabar untuk check font ni satu2.lagi best cuba cari software kat tenet utk memudahkan kerja korang membanteras jenayah2 yg dah dilakukan oleh font ni.

No comments:

Post a Comment