Sunday, November 28, 2010

Belajar membentuk pattern garisan scan keatas gambar.

Anda biasa melihat efek seperti yang dikenakan keatas gambar seperti di bawah?Biasanya pattern ini diaplikasikan keatas komik ataupun cerita kartoon seperti didalam anime school rumble:


Tapi tahukah anda bagaimana untuk melakukannya?Kali ini saya akan tunjukkan bagaimana untuk membuat pattern dan bagaimana untuk mengaplikasikan keatas imej anda.Ianya amat mudah dan tidak memerlukan kepakaran pun.Asalkan anda biasa dengan tools dan perkara yang basic sudah boleh melakukannya.

1.Mula-mula kita akan bentukkan pattern "garisan".Buatkan dokumen baru yang besaiz 1 px x 3 px (tiada warna background,mestilah transparent).
Anda perlu zoom dokumen anda kepada 3200% untuk melihat dokumen yang anda baru buat tadi kerana ianya sangat kecil.

2.Pilih Pencil tool (Pilih brush tool dan kemudian pilih pencil).Pastikan warna foreground adalah HITAM.Letakkan dot betul-betul ditengah layer menjadi seperti ini:



2.Pilih Edit --> Define Pattern dan namakannya sebagai scan.
Dan sekarang pattern anda sudah siap.Senang bukan?






3.Sekarang mari kita cuba pattern yang kita buat tadi.Buka mana-mana imej untuk dijadikan bahan experimen kita kali ini.Saya pilih gambar ini:


4.Kemudian pilih edit>Fill dan pilih
'pattern".Pilih pattern yang baru sahaja kita buat.Lihat,gambar telah bertukar. 



5.Gambar diatas mempunyai garisan yang terlalu kuat.Tukarkan Opacity ke kepada 50% kebawah untuk mengurangkan kekuatan warna garisan tersebut.



Siap.Anda boleh tukarkan warna dot mengikut pilihan anda.Contoh:

mengunakan warna kuning dan blending option:soft light
warna kuning,opacity :100%,overlay




No comments:

Post a Comment