Sunday, October 28, 2012

Memaparkan Fail-fail Tersembunyi Di Dalam MAC OSX


Jika anda membaca post saya di sini anda semestinya tahu mengapa saya ingin melihat fail-fail tersembunyi di dalam Mac. Okay,untuk pengetahuan anda, ia hanya salah satu daripada sebab,namun ada pelbagai sebab mengapa saya ingin melihat fail-fail tersembunyi di dalam Finder yang mana lebih kepada untuk penyelesaian masalah dan monitor fail-fail yang wujud di dalam OSX.  Dan sekiranya anda tiada sebab penting untuk melihat fail-fail tersembunyi tersebut saya tidak sarankan untuk mengaktifkan paparan fail tersembunyi kerana kebanyakan fail-fail ini sensitif dan digunakan oleh sistem dan membawa risiko sekiranya ia terbuang oleh tangan-tangan yang gatal itu.

Untuk menjadikan sesebuah fail tersebut tersembunyi dan tidak dipaparkan di finder, anda hanya perlu menambah titik (. ) di hadapan nama fail tersebut.
Contoh:  .text.pdf



Wednesday, October 24, 2012

Aktifkan Akaun Root Pada Mac Anda

Okay, mungkin tips ni dah ketinggalan zaman tapi saya bawakan juga topik ni kerana masih lagi yang confius mengenai "Root" user di dalam sistem UNIX.
Sebelum kita belajar macamana nak aktifkan akaun Root ni,apa kata kita berkenalan dulu dengan  Root user.Apa itu akaun Root?? (Akar??)
Mengikut Apple website - > defininsi ni di copy pastekan daripada http://support.apple.com/kb/ht1528/


Mengenai pengguna root

Pengguna yang dinamakan "Root" adalah pengguna yang istimewa dalam sistem operasi UNIX yang telah membaca(read) dan menulis(write) hak keistimewaan keatas semua  fail sistem. Root hanya perlu digunakan untuk pentadbiran tertentu atau tugas-tugas pemantauan. Selepas menamatkan tugas sebagai pengguna root, anda perlu log keluar Mac OS X dan log masuk kembali menggunakan akaun biasa atau pentadbir.