Monday, April 4, 2011

SPAM,EMAIL!!!Bagaimana Mengenal Pasti Email Spam?

Baru baru ni terlalu banyak email spam yang saya terima.Nasib baiklah saya dapat membezakan email spam atau tidak.Jadi sebaik sahaja saya menerima email-email tersebut,saya dengan pantas membuangnya.

Okey,adakah anda tahu bagaimana untuk membezakan email-email yang anda terima itu spam atau tidak? Mungkin perkara ini terlalu basic. Tapi saya pasti ramai pengguna yang sebenarnya masih tidak tahu menganai perkara ini.

Sesetangah email provider seperti yahoo ataupun gmail sudah membuat tapisan untuk setiap email yang anda terima dan memasukkan kedalam spam folder. Tapi bagaimana pula jika email-email tersebut berada di dalam inbox anda dan menggunakan nama Penghantar seperti rakan-rakan atau kenalan anda? Anda mungkin akan membukanya dan klik pada mana-mana link ataupun attachment yang dihantar bersama email tersebut dan bamm! Komputer anda telahpun diinject dengan virus!

Jadi bagaimanakah untuk mengenal pasti spam mail??Jika email anda memiliki mana-mana sifat seperti dibawah,ianya adalah spam.Jadi delete!!Jangan klik link,jangan buka attachment,dan jangan balas!



P/S: klik pada gambar untuk besarkan.

1. Lihat nama sender.Adakah anda mendapat email daripada nama yang tidak pernah anda kenali?

2. Adakah alamat email sender sama dengan alamat reply to?


ketika anda buka email tersebut dalam mode preview anda akan lihat alamat email sender di FROM area.
Mengikut gambar ini kita boleh lihat ianya daripada gabriel.dauphin@univ-paris13.fr.
Klik butang REPLY atau BALAS.Tapi AWAS!Jangan sesekali balas email tersebut!!!Anda hanya memudahkah spammer dengan memberitahu mereka bahawa alamat email anda wujud.



Cuba lihat alamat penerima di bahagian TO.Ianya adalah kepada allandavis_transfer01@yahoo.co.jp sedangkan sepatutnya alamat penghantar dan penerima adalah sama.

Ini adalah spam!!

3.Adakah email tersebut email daripada email yahoo luar seperti yahoo.co.jp atau yahoo.com.fr?

4. Adakah SUBJECT atau grreting email tersebut tersangat over.
Saya ada menerima email spam yang mana SUBJECTnya terlalu over atau lain macam seperti DEAREST FRIEND..DEAR KIND DONATER..dan mungkin juga tiada subject!


5. Adakah email tersebut memberitahu anda baru sahaja MEMENANGI sejumlah wang ataupun email anda baru sahaja dipilih dari mana-mana coorperation antarabangsa seperti Microsoft,BMW atau Google?


6.Adakah email tersebut meminta pertolongan anda untuk pemindahan wang? Adakah ianya berkaitan dengan kematian seseorang ,ataupun terdapat link BBC online atau Fox news
didalam email tersebut?


7. Lihat samaada email tersebut menmpunyai kesalahan ejaan dan bahasa.

8. Email daripada orang yang kita kenali tidak bermaksud bukan spam. Lihat pada subject. Jika tiba-tiba anda mendapat email daripada nenek anda tetapi mempunyai subject yang berbaur lucah ataupun pelik, attachment dan juga link sahaja (tiada sebarang penjelasan,tulisan,bla..bla..ada link sahaja) serta difowardkan kepada lebih dari seorang (anda bukan seorang yang menerima email tersebut,cc bc..) maka ianya spam.



9. Adakah email tersebut terdapat link yang tidak valid. Cara untuk mengetahui email tersebut sah atau tidak, bawa mouse ada kepada link tersebut dan JANGAN KLIK.Hanya letakkan diatas link tersebut dan biarkan kotak pop-up menunjukkan alamat sebenar link tersebut.Contohnya,klik di Apple.com tapi apabila anda lihat link sebenar adalah www.associatedcontent.com.Alamat ini juga boleh dilihat di status bar browser anda.Jika link yang diberikan panjang berjela.ITU ADALAH SPAM!


10. Apabila email tersebut meminta detail-detail peribadi anda.




Rasanya ada banyak lagi simptom-simptom spam mail ni tapi cukuplah banyak ni je dulu.



No comments:

Post a Comment