Thursday, November 18, 2010

Membaiki ‘Registry Editing Has Been Disabled’

Apabila windows anda dijangkiti virus,kemungkinan besar anda tidak akan dapat membuka Regedit (Registry Editor).Dan sekiranya anda cuba membukanya,windows akan memaparkan mesej “Registry editing has been disabled by your administrator” apabila anda cuba membuka regedit.Anda mungkin perlu mencuba langkah seperti dibawah jika anda ingin  menyelesaikan masalah ini.

Anda tidak perlu mengikut kesemua langkah yang dipaparkan.Pilihlah mengikut apa yang paling mudah bagi anda.

CARA 1:
Menggunakan Group Policy Editor (gpedit.msc)

1.Pada kotak Run, taipkan gpedit.msc dan tekan Enter untuk melancarkan Group  Policy Editor.
2. Pergi ke User Configuration\Administrative Templates\System
3. Double-click pada Prevent access to registry editing tools
4. Tukarkan nilainya kepada Disabled


CARA 2.
Mengunakan Third-Party Registry Editor.
1. Gunakan software yang boleh akses registry, selain dari regedit.
2. Pergi ke HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System
3. Cari DisableRegistryTools dan tukarkannya kepada 0.
Contoh Third-Party Registry Editor yang anda boleh gunakan ialah

Registrar Registry Manager (Lite Version) http://www.resplendence.com/downloads.

No comments:

Post a Comment