Thursday, May 26, 2011

Menghasilkan Efek Matahari

Saya terbaca 1 tutorial untuk menghasilkan matahari di sebuah laman web berbahasa Inggeris.(Maaf tak ingat laman web apa).Sangat mudah!!Namun malangnya penulis tutorial tu nak cepat kot,tutorial tersebut tidak disertakan sekali dengan gambar.

Jadi disini,pada sesiapa yang mungkin pernah terbaca tutorial tersebut tetapi mengalami masalah untuk mencubanya kerana tidak mendapat gambaran yang jelas,janganlah risau.Disini,saya akan tunjukkan anda bagaimana untuk menghasilkan efek matahari dan maaf jika ada perbezaan dengan tutorial asal kerana saya memasukkan sedikit penambahan untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik.

Tuesday, May 17, 2011

Stealing Focus dan Cara Penyelesaian

Seseorang telah menalifon saya dan mengadu bahawa apabila dia menggunakan sesuatu applikasi,dalam kadar 30 saat aplikasi tersebut tiba-tiba tidak aktif dan dia terpaksa menekan window aplikasi tersebut semula.

Ini bermaksud contohnya apabila anda sedang menaip didalam microsoft word, tiba-tiba apa yang anda taip tidak timbul didalam microsoft word tersebut dan apabila anda lihat pada frame window itu sendiri ianya bewarna kelabu.Ini dinamakan window yang tidak aktif dan untuk mengaktifkannya kembali anda perlu klik kembali pada microsoft word.Ianya berbeza dengan minimise window kerana ia tidak mengecilkan window microsoft word kembali pada taskbar.

Apabila kejadian ini berlaku secara tiba-tiba dan kerap seperti setiap 30 minit, kemungkinan pc anda telah dijangkiti virus dan keadaan ini juga dipanggil "Stealing Focus".

Thursday, May 12, 2011

Cerita saya..

Baru pulang..Penat masih belum hilang tapi saya gagahkan juga untuk menulis pos ini.Terlalu lama saya meninggalkan blog ini tanpa sebarang pos baru.
Saya sangat sibuk dengan aktiviti pelajaran dan juga kerja.Begitu juga dengan hal-hal peribadi .Baru sahaja pulang dari outstation di luar negeri.Penat masih belum hilang.Tersangat sibuk dengan permulaan semester baru .
Itu dan ini perlu di baca dan pelajari sehingga timbul satu perasaan untuk membuat blog baru dan mengkhaskan untuk membantu rakan-rakan universiti yang lain di situ..Ye,mungkian saya akan lakukan.Hiap!! Masih lagi beremosi dan kurang tidur.Setiap kali pulang kerja,energi saya menurun 100%.Hanya mampu melihat laptop saya yang sudah diselaputi habuk dari jauh...
Sehingga tiba-tiba hari ini,saya rasa saya patut menulis sesuatu agar blog saya tidak 'MATI'.
............................................Malas~~~~~~.....
Mungkin agak lambat tapi "Selamat Hari IBU" ...mama..


Terima kasih kepada Cute-factor.com bagi avatar-avatar di atas.


Ditulis pada 11/5/2011 jam 7.30 p.m.
Background music: 6 month by Hey Monday

cerita apa sahaja.