Sunday, November 28, 2010

APPLETALK HILANG didalam mac osx snow leopard-langkah menyambungkan printer menggunakan IP printing

Untuk pengetahuan semua,fungsi AppleTak telahpun dikeluarkan daripada peranti mac osx 10.6 keatas kerana Appletalk  adalah fungsi yang lama dan dianggap ketinggalan,lambat dan tidak cekap maka dengan itu Apple telah menggantikan fungsi Appletalk dengan fungsi dan protokol yang lebih maju dan lebih cekap.

        Ramai orang yang mengalami masaalah untuk menyambungkan printer kepada Mac OSX 10.6 selepas fungsi ini telah dibuang.Jika anda mengalami masaalah yang sama,anda boleh mengikuti langkah-lagkah dibawah untuk menyambungkan printer kepada Mac OSX anda.
Terdapat beberapa option untuk anda pilih seperti:

1)IP printing (LPR/LPD)
2)Shared printing
3)Window


Tetapi langkah yang paling famous ialah dengan menggunakan IP printing.

Bagaimana mengeluarkan cd yang tersekat di dalam mac

Dah lama juga saya tidak pos sesuatu mengenai Mac.Jadi kali ini saya akan tunjukkan bagaimana jika anda mengalami masalah untuk mengeluarkan cd/dvd anda yang tersekat didalam Mac.Sekiranya anda menekan butang Eject diatas keyboard (berbentuk seperti dibawah) tetapi tiada apa pun yang berlaku dan tray CD/DVD tidak keluar.
Eject key
Maka apa yang anda boleh cuba lakukan ialah pergi  ke :
1.Go-->Application -->Utilities -->Disk Utility.

2.Kemudian pilih cd/DVD yang anda ingin eject.Tekan Eject.

cakap-cakap kosong edisi Disember 2010

Hai pembaca.
Dah lama tak cakap-cakap kosong dalam blog ni.
Asyik terlalu fokus kepada tutorial saje.Saya sangat sibuk kali ini.Kerja berlambak...selalu terlepas waktu makan.Dan kesihatan saya agak tidak memberangsangkan..Tapi rasanya bahasa saya didalam blog ni dah semakin maju.Yeah!!!Saya sangat hepiiiii!!!


Dan mmm..saya rasa jumlah pembaca kali ni dah meningkat kepada 600 lebih.Terima kasihllah kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ni.Saya akan cuba menaik taraf blog saya ni.
Terima kasih sekali lagi.




Sekarang saya dah ada hobi baru iaitu menjahit.Saya sekarang sedang cuba untuk menjahit sesuatu untuk orang tersayang.Harap-harap menjadi.Hohoho...

Juga kali ini saya sedang mendengar lagu-lagu daripada kumpulan Rock daripada Jepun iaitu OK ONE ROCK.Jika ada sesiapa yang berminat boleh cube try dengar disini.


Belajar membentuk pattern garisan scan keatas gambar.

Anda biasa melihat efek seperti yang dikenakan keatas gambar seperti di bawah?Biasanya pattern ini diaplikasikan keatas komik ataupun cerita kartoon seperti didalam anime school rumble:


Tapi tahukah anda bagaimana untuk melakukannya?Kali ini saya akan tunjukkan bagaimana untuk membuat pattern dan bagaimana untuk mengaplikasikan keatas imej anda.Ianya amat mudah dan tidak memerlukan kepakaran pun.Asalkan anda biasa dengan tools dan perkara yang basic sudah boleh melakukannya.

Friday, November 19, 2010

Patchwork grid

Kali ni kita akan belajar bagaimana untuk menghasilkan gambar yang menarik dengan efek Patchwork Grid.
Gambar hasil

Thursday, November 18, 2010

Membaiki “Task Manager is Disabled”

Satu lagi masalah yang biasa dihadapi apabila windows diserang virus adalah Task Manager tidak dapat dipaparkan ataupun telah disekat serta memaparkan kotak mesej “Task Manager has
been disabled by your administrator.”
Untuk memulihkan keadaan,apa yang perlu anda lakukan ialah membuang virus yang terdapat didalam komputer dengan perisian antivirus seperti malwarebytes dan dr.web.(Saya lebih suka menggunakan perisian ini untuk membuang virus kerana ianya lebih mudah dan tepat).Anda boleh dapatkannya disini http://www.freedrweb.com/cureit/ untuk dr.web dan http://www.malwarebytes.org/ untuk malwarebytes.
Sila pastikan anda mematikan Systems Restore service terlebih dahulu sebelum mengimbas virus.Hidupkan kembali selepas virus dibuang.

Kadangkala Task Manager anda akan dapat dipaparkan selepas virus dibuang.Jika tidak berjaya,anda boleh mengikuti salah satu cara yang terdapat dibawah:

CARA 1:
Menggunakan Registry Editor (regedit)
Pada kotak Run, taipkan regedit dan tekan Enter.(Jika Regedit anda tidak dapat dipaparkan,sila baca post ini.
2. Pergi ke HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies.
3. Cari DisableTaskMgr dan tukarkannya kepada 0.

CARA 2.

Menggunakan Group Policy Editor (gpedit.msc).Sekiranya anda tidak berjaya memaparkan kotak gpedit.msc,sila baca post ini
1. Pada kotak Run, taipkan gpedit.msc dan tekan Enter untuk melancarkan Group Policy Editor.
2. Pergi ke User Configuration\Administrative Templates\System\Ctrl + Alt + Del Options
3. Pada bahagian kanan, double-click pada Remove Task Manager dan tukarkannya kepada Disabled.

Membaiki ‘Registry Editing Has Been Disabled’

Apabila windows anda dijangkiti virus,kemungkinan besar anda tidak akan dapat membuka Regedit (Registry Editor).Dan sekiranya anda cuba membukanya,windows akan memaparkan mesej “Registry editing has been disabled by your administrator” apabila anda cuba membuka regedit.Anda mungkin perlu mencuba langkah seperti dibawah jika anda ingin  menyelesaikan masalah ini.

Anda tidak perlu mengikut kesemua langkah yang dipaparkan.Pilihlah mengikut apa yang paling mudah bagi anda.

CARA 1:
Menggunakan Group Policy Editor (gpedit.msc)

1.Pada kotak Run, taipkan gpedit.msc dan tekan Enter untuk melancarkan Group  Policy Editor.
2. Pergi ke User Configuration\Administrative Templates\System
3. Double-click pada Prevent access to registry editing tools
4. Tukarkan nilainya kepada Disabled


CARA 2.
Mengunakan Third-Party Registry Editor.
1. Gunakan software yang boleh akses registry, selain dari regedit.
2. Pergi ke HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System
3. Cari DisableRegistryTools dan tukarkannya kepada 0.
Contoh Third-Party Registry Editor yang anda boleh gunakan ialah

Registrar Registry Manager (Lite Version) http://www.resplendence.com/downloads.

Monday, November 8, 2010

Membentuk pemandangan langit pada waktu malam



Versi:Photoshop cs4.
Boleh diampikasikan keatas Photoshop cs2 keatas.Photoshop cs belum cuba.
Tahap kehebatan menggunakan Photoshop: Budak baru belajar. 
Waktu:5minit.