Saturday, October 30, 2010

EFEK dua WARNA

Sebelum


Selepas

Teknik 2 warna ini diadaptasi daripada gambar yang diambil ketika zaman dulu-dulu yang mana merupakan campuran 2 warna hijau dan merah (RG color mode) dan bukan merah,hijau dan biru(RGB color mode)


Versi:Photoshop cs4.
Boleh diampikasikan keatas Photoshop cs2 keatas.Photoshop cs belum cuba.
Tahap kehebatan menggunakan Photoshop:Tahap budak sekolah rendah sehingga tahap Pengetua.
Waktu:5minit.


Wednesday, October 13, 2010

TUKARKAN FILE KE PDF MENGGUNAKAN OPEN OFFICE


Open office adalah program alternatif kepada Microsoft Office yang mana program ini sendiri adalah open source yang boleh didapati dengan percuma tanpa sebarang bayaran - anda boleh lihat pos saya yang sebelum ini : .Terdapat beberapa keistimewaan yang boleh didapati seperti kebolehan untuk membaca file format Microsoft Office 2007 serta kebolehan untuk menukarkan file daripada Open Office kepada file PDF yang mana lebih compatible untuk dimuat turun ke dalam laman web ataupun email.Phewww....Bahasa ku yang indah.Harap-harap takde kesalahan bahasa.

Ok..enoughhhh!!mmm..saya maksudkan cukupp!Ok,hari kita akan belajar macamana nak tukar file daripada dokumen kepada pdf.
Follow this step,kawan-kawan:
1.Buka Open Office (Writer,Calc,Impress <-mengikut kemahuan anda).Mula menaip..bla..bla..


2.Kemudian tekan "File",dan kemuadian pilih "Export as PDF".Kemudian PDF option dialog akan keluar,disitu anda dapat mengubah kandungan dan kualiti file PDF anda.Jika anda tidak pasti,tekan "Help".Jika masih tidak pasti,klik "Export."

2.Masukkan nama dan pilih lokasi untuk file anda.Klik "Save".Dan siap!!


JOM JIMAT DENGAN OPEN OFFICE


Pernah dengar program open source?????Mesti ramai yang dah pernah dengar tentang software open source ni kan??Macam-macam ada..Yang lagi bagus ialah ianya percuma.Bagaimana pula dengan Open Office????Mungkin ada yang pernah dengar dan ada yang tidak pernah.Ok..ok..jap,nak bukak buku jap.


Ok,Open office ni  adalah salah satu perisian percuma yang digunakan untuk memproses perkataan,presentation,graphic,database,spreadsheet dll.Ianya adalah alternatif bagi Microsoft Office kerana ianya adalah percuma!!Wow!Berfungsi dengan hampir kesemua komputer biasa (Tak perlu yang power pun ok) serta disediakan dengan pelbagai bahasa.