Tuesday, July 31, 2012

Java dan problem Window 7 64-bit

Ok.Perkara ini baru berlaku kepada saya selepas Java 7 update 5 dilancarkan yang mana memerlukan saya membuang Java 6 yang dikatakan terdedah dengan risiko exploitasi.Maka..saya pun update Java dan membuang Java yang lama-lama(yang telah berkhidmat untuk saya tanpa sebarang masalah.)


Tapi,selepas update tersebut,setiap browser tidak dapat detect Java plugin yang telah di install.Maka saya buang dan install kembali.Masih tiada.Dah puas saya cari di Google bagaimana nak selesaikan masalah ini.Rasa frust pun ada sebab seminggu saya buat tak dapat.Oh.sebelum saya lupa, saya menggunakan win 7 64-bit dan menurut bacaan forum,saya sepatutnya install java 64-bit.Tapi itu semua tippppuuuuuuu... Java 64-bit hanya untuk Internet Explorer 64-bit.Tapi saya bukan pengguna Internet explorer.Patutlah Java plugin tidak di detect dan terpapar di plugin control dari mozila dan chrome.Sebab mozila tersebut menggunakan 32-bit.Huhhh.Terasa macam diri ini masih kurang ilmu je.. Jadi saya cuba untuk install Java 32-bit.Tapi problem lain pula muncul.katanya "allready install.setup now exit".<--alamak,saya tak berapa ingat apa errornya tapi lebih kurang macam ni lah.jadi saya tidak dapat install Java 32-bit. 

Bengang jek...macam-macam cara saya buat termasuklah edit registry,uninstall install,guna ccleaner,JavaRa dan macam-macam lagilah. Nasib baik bulan puasa...tahap kesabaran itu tinggi sikit.Ketika itu,kalau tak dapat,saya memang nak format je. Tapi lepas tu saya install revo uninstaller pro(trial).Rupanya masih ada Java program yang belum habis buang (di ccleaner dan program and feature tak nampak). Jadi dengan menggunakan Revo uninstaller pro saya dapat membuang kesemua Java7 program dan segala anak beranak yang ditinggalkan oleh installer terdahulu(termasukla di registry). 


 Dan kemudian mestilah heppi ending...Yeyy!!saya dapat install Java 32 bit dan dapat berfungsi dengan baik di mozilla. sekian,berita terkini hari ini.LINK REVO UNINSTALLER

Wednesday, July 25, 2012

Dock trick - Memaparkan Shortcut Untuk Recent Item

Bagi pengguna yang selalu menggunakan applikasi tertentu setiap hari dan tidak mahu menyemakkan Dock Mac mereka dengan pelbagai shortcut,ini adalah berita yang baik untuk anda. Tutorial di bawah ditulis mengikut penulis asal iaitu Joshua Johnson di mac.appstorm.net .




Oleh kerana ianya ditulis pada 2010,saya menganggap bahawa ia sesuai di cuba pada mac os 10.5 dan keatas.Sekiranya ada yang menggunakan os x 10.4 dan berjaya,sila inform saya untuk tujuan update.