Saturday, January 30, 2010

Defrage lebih daripada 1 harddrive dalam satu masa

Salah satu cara untuk maintain window dan harddisk adalah dengan melarikan atau dalam bahasa komputer dan english adalah run disk defragment utility.Utility ini amat mudah digunakan namun terhad kerana tidak membenarkan anda defrag lebih dari satu partition dalam 1 masa.

Tapi sebenarnya kita memiliki pilihan lain iaitu dengan menyediakan batch file untuk memudahkan kerja ini tapi dengan cara yang tidak berapa friendly iaitu dengan menggunakan syntax command prompt.

caranya masih mudah,anda hanya:
1-buat satu file kosong dengan menggunakan notepad dan namakan defrag.bat atau ikut-suke-hati-nak-letak-nama-apa.bat dan dah tentulah ikut-suke-hati-nak-letak-nama-apa.bat anda boleh masukkan apa nama yang anda rasa nak namakan.Savekan dimana-mana tempat yang anda suka.
2-kemudian masukkan line ini didalam notepad tu,copy arahan dibawah:
defrag c: -f

biar saya terangkan maksud bagi syntax bagi line diatas.

defrag [-a] [-f] [-v] [-?]
volume drive letter or mount point (d: or d:volmountpoint)
-a untuk Analyze sahaja
-f defrag tetap akan berlaku walaupun free space bagi volume tersebut sedikit.
-v Verbose output
-? Display this help text


Jadi jika anda mempunya volume c,d,f,g anda hanya perlu copy line diatas dan tukarkan c kepada huruf yang telah ditetapkan keatas setiap volume hard drive anda.

contoh:
defrag c: -f
defrag d: -f
defrag f: -f
defrag g: -f


atau anda boleh tukarkan -f kepada -a untuk membuat penilaian terhadap volume yang anda mahukan.

contoh:
defrag c: -a

Dan apabila anda ingin run defrage,cuma double click file ini,tunggu dan debaboom,siap.