Tuesday, December 1, 2009

DISABLE AUTOPLAY

AUTOPLAY adalah salah satu option yg mana akan memainkan peranan untuk menjalankan file secara automatik  apabila external storage samaada cd,usb,phone dll disambungkan kepada cpu.Kadangkala option ini memudahkan pengguna tetapi ianya juga memudahkan pc dijangkiti virus merbahaya .So,kat sini saya ingin berkongsi bagaimana untuk disable option ni dlm vista dan operasi yang lainCaranye semudah abc..Like piece of cake…

MEMBUAT IMEJ ABSTRAK






Monday, November 30, 2009

MENUKAR IMEJ BEWARNA KEPADA B/W

Imej didalam warna hitam dan putih bukanlah asing buat masa kini,malah imej sebegini sangat popular kerana ia dapat memberikan emosi yang berlainan daripada imej bewarna.Sekarang ni hampir 90% menggunakan kamera digital yang mana kita boleh setkan mode B/w ketika mengambil imej,tapi bagaimana pula bagi imej yang diambil dlm mode bewarna untuk diconvertkan kepada mode b/w.Rasanya ramai pembaca dah tahu bagaimana nak tukar mode imej kepada b/w dengan menggunakan photoshop.Tapi tahukah anda terdapat lebih daripada 1 teknik untuk menukar mode imej kepada b/w didalam photoshop???Jom!Jom baca!


Membentuk shape yang tersendiri

0

もし!!もし!!こんにちは!!!  
Anda pernah menggunakan custom shape tool?Bagi yang baru nak berkenalan dengan photoshop,mungkin tidak pernah mendengar custom shape tool.Custom shape tool diletakkan bersama-sama tool-tool yang lain seperti rectangle tool dan eclipse tool.Ianya mudah jika anda ingin memasukkan sesuatu bentuk tanpa perlu melukisnya dengan menggunakan pen tool.terdapat pelbagai bentuk yang anda boleh dapati,tetapi bagaimana jika anda memerlukan bentuk tertentu yang tiada didalam list sedia ada yang mana anda mungkin perlu menggunakan bentuk yang sama untuk imej yang lain?puhhh...jenuh nak lukis ler....soo,photoshop ni taklah kejam mana pun,so dia bagilah kita kemudahan yang dinamakan Define Custom Shape...ありがとう  ポトチョペ くん!!So,how?Lets follow me you guys!!!p(^^)q がんばて 根!


USED ENGLISH NOVEL DIJUAL PADA HARGA RM65.JIMAT RM35



PRODUK CODE:FICT01






 




NOVEL:

1-THE TIME THIEF-BOOK TWO IN THE GIDEON TRILOGY by LyndaBuckley Archer.("may very well give J.K Rowling a run for her money"-SLJ)
2-TUNNEL by Rederick gordon & brian william.
3-THE MAGIC FAREWAY TREE(3 in 1) by enid Blyton.

USED ENGLISH NOVEL DIJUAL PADA HARGA RM50.JIMAT RM30.




PRODUK CODE:LOVE01


PERHATIAN!!!!Saya nak jual novel-novel English saya pada harga cume RM50 untuk 3 novel English yang agak popular gak tajuknye dan dikarang oleh pengarang yang agak fofuler gak.Novel-novelnye ialah:

1-A place called here by cecilia Ahern (No.1 bestselling author of PS,I LOVE YOU)
2-Do Over by Niki Burnham (Sequel bagi novel Royally Jacked dan Spin Control)
3-In the cards Love-mariah fredericks (A-must read series that will have readers rolling on the floor laughing-and maybe even wiping away a tear or two"-ulasan dari best selling author:Meg Cabot)


Novel-novel ni kalau dikira waktu saya beli tu harganye boleh cecah dalam RM70 lebih.kalau campur dengan pos lagi memang boleh untung dalam RM30.

Novel-novel ni saya jaga dengan baik,takde lipat-lipat kertas or even conteng-conteng.So mostly 90% look new.

Sunday, November 15, 2009

JOM BELAJAR COMMAND CMD LAGI (part 3)

DISKCOPY
Dengan menggunakan command DISKCOPY,anda akan dapat membuat salinan sebenar bagi master disket dan command ini berguna untuk backup.
SYNTAX:
DISKCOPY [drive1: [drive2:]] [/v]
contoh:DISKCOPY A:A /v
/v untuk mengesahkan bahawa infomasi yang disalin itu adalah benar.*A adalah drive letter.jika drive letter bagi floppy anda adalah B jadi anda hanya perlu tukar A kepada B .Bagaimanapun saya difahamkan ianya hanya untuk floppy disk dan mestilah mempunyai type yang sama.


UBAH MOOD GAMBAR SEPERTI DIDALAM FILEM

Teringin untuk tukarkan gambar-gambar yang anda ambil dengan kamera compact ekonomi yang takde features yang canggih manggih dengan efek yang lebih letap letup cam diambil dengan kamera DSLR yang regenya ribu-ribu tu??
Terasa boring dengan gambar yang anda ambil tu dan terasa cam nak tukar mood photo tu??Cuba try ubah mood dengan teknik ni.


1.Open file.File-->Open-->Cari imej yang anda rasa nak buat korban tu..

HASILKAN IMEJ DARIPADA TEXT



1-buka imej pilihan.Saya memilih itik yang comel ini sebagai  mangsa korban kali ni.

























2-tukarkan kepada mode greyscale.Image-->Adjustment-->desaturate(ctrl+shift+u)


EFEK:LANGIT MALAM

1-Create new layer.Didalam tutorial ni saya gunakan layer bersaiz 550x400.
2-Fillkan layer dengan warna putih.Gunakan tools-->paint bucket tools.
3-Pergi filter-->render-->lighting effect.Ada beberapa perkara yang perlu diubah.Sila lihat dibawah.Anda boleh mengubah mengikut kretiviti masing-masing.

















MENAIKAN FOKUS OBJECT DIDALAM IMEJ HITAM/PUTIH


Dah lama tak buat tuto pasal photoshop.Kesibukan kerja memang membantu melembabkan proses update blog ni.Terima kasih kerja.... ~_~
Terasa emo sekejap,sorry pada reader-reader yang dah muak coz tiada post yang baru.
Hari ni nak ajar satu teknik photoshop yang mana anda dapat menaikkan fokus sesuatu oject didalam imej black and white.
1-buka gambar pilihan anda.Ini adalah gambar asal bagi imej pilihan saya.












Tuesday, November 3, 2009

TAK BOLEH BUKA SERVICES.MSC - ACCESS.DENIED !!!

Cuba buka services.msc tapi tak dapat buka,error akan terpapar dan menyatakan "Access is Denied".
Mungkin korang tak de access ni kalau korang bukan power user ataupun sekadar guest,tapi bila korang adalah administrator bagi pc tersebut,tentulah korang akan tertanya-tanya siapa pulala yang menyekat access untuk run service managemen console ni?
Dalam kes ni:
1)buka run-->services.msc.
2)dapat pulak error "access is denied".
3)cuba pula buka management console yang lain seperti gpedit.msc,eventvwr.msc atau diskmgmt.msc juga mendapat error yang sama.


SERVICES YANG PERLU DAN TAK PERLU RUN (WIN XP SP2)

Hari tu ada seorang ni,datang jumpa saya..bla..bla..komplain pc lembab ler..bla..bla..So,saya tengok kat task manager dia.hmm..banyak sangat servis yang tah hape-hape yang run kat belakang ni.So,salah satu perkara yang saya suka buat kalau pc slow ialah usik-usik servis yang run tu.Kat bawah ni saya dah listkan beberapa servis yang anda boleh disable:
Langkah mesti buat: launch services.msc
Ada 3 condition yang mana anda boleh:
YA = Boleh disable tanpa sebarang masalah
MUNGKIN = Bergantung dengan kegunaan computer itu samada sebagai server ataupun sebagainya.
TIDAK = mesti run dan tidak boleh disablekan.


Sunday, October 18, 2009

TUNE UP UTILITIES 2009-FULL VERSION



ADOBE DREAMWEAVER PORTABLE

Size:71144 KB
 

 

Tukar Template

Perasan tak?template dah bertukar..semuanya gara-gara template yang dulu sudahpun rosak..nak tak nak terpaksa tukar template lain...hmm....sedihnya... 

Saturday, October 17, 2009

JOM BELAJAR COMMAND CMD LAGI (part 2)


Okay,minggu lepas kita dah belajar sedikit sebanyak tentang beberapa command yang digunakan didalam konsol comand promp ataupun lebih dikenali dengan CMD.Bila baca-baca balik langsung tak menarik pulak karya saya ni,yela..tak bergambar.Maklumlah,dibuat secara tergesa-gesa jadi kali ni saya akan cuba masukkan beberapa imej agar anda lebih faham tentang command tersebut.Lagi satu,saya betul-betul memohon maaf atas kesilapan bahasa dansesungguhnya saya sedang berusaha memantapkan bahasa Melayu saya yang agak lemah ni.
Lagi satu,ketika tutorial ini ditulis adalah pada hari penganut agama hindu menyambut hari Deepavali jadi selamat HARI DEEPAVALI kepada kesemua yang menyambut perayaan ni.Tapi tak tahulah kalau-kalau ada pembaca yang beragama hindu yang baca blog ni tapi atas dasar 1Malaysia punya pasal saya tetap ingin ucapkan selamat HaRI DEEPAVALI.Now!!Back to work everybody!!!





Friday, October 9, 2009

MAC OS X SNOW LEOPARD

MAC OS X 10.6 SNOW LEOPARD






Seperti yang anda ketahui,Apple telah pun menwar-warkan kemunculan OS X 10.6 Snow leopard yang mana ianya adalah naik taraf daripada Mac OS X Leopard.Katanya Mac OS x 10.6 ni lebih simple,lebih power,lebih reliable,mudah digunakan dan versi os X yang lebih baik daripada versi sebelumnya.
Mari kita berkenalan dengan budak snow leopard ni dengan lebih lanjut ye:


1-Snow leopard didatangkan bersama I-Life 09 dan I-work didalam Mac Box Set yang mana sebelum ini didatangkan berasingan.jadi bagi pengguna-pengguna Mac OS x yang tersebelumnya seperti yang masih menggunakan Mac osX Tiger bolehlah mendapatkannya.

2-Expose yang boleh diaktifkan dengan hanya daripada dock.

3-Bangun dari tidur sleep dan shut down dengan lebih cepat daripada sebelumnya.
4.Installation hanya mengambil masa lebih cepat dan lebih menjimatkan ruang.
5.Lebih daripada sedozen application telah dibaik pulih dan diupgradekan.


Minimum System Requirement:
Komputer Mac dengan Intel Processor

1GB RAM
5GB free disk space

DVD drive untul installation

Sesetengah features memerlukan servis internet yang bersesuaian jadi mungkin akan dikenakan bayaran.
Untuk pengetahuan lebih lanjut bolehlah layari http://www.apple.com/macosx/


Thursday, October 8, 2009

TOP MAC BOWSER



PELAYAR(BROWSER) WEB UNTUK MAC OSX
Kalau sebut pasal pelayar web bagi os Mac,kebanyakannya akan cakap Safari,Opera,Firefox.Asyik-asyik dorang jek yang dapat nama.Mana aci camni!Rata-rata kita hanya mengenali 3 pelayar web tu je,so kat sini mari kita berkenalan dengan pelayar-pelayar web bagi os Mac.Calon-calonnya ialah....Jeng!!!Jeng!!Jeng!!


Saturday, October 3, 2009

MAC SHORTCUT KEY

Dalam mengendalikan Mac,tak lengkap rasanya kalau tak ade shortcut key.Dengan shortcut keylah kita boleh mempercepatkan pengendalian sesuatu application ataupun sistem itu sendiri.Malah ada juga key yang perlu ditekan untuk masuk ke dalam mode yang berbeza yang mana tidak dapat dicapai dengan maouse click.Jadi di bawah adalah jadual bagi basic shortcut key.Harap maklum,hanya untuk MAC OS je ye... <


JOM BELAJAR COMMAND CMD.EXE - BASIC

1.HELP
Command ini akan membantu anda sekiranya anda lost/sesat ataupun memerlukan bantuan bagi sesetengah command yang anda tidak ketahui.
Contohnya anda ingin mendapatkan bantuan mengenai command “copy” (bukan kopi-ini adalah sejenis minuman).Jadi hanya taipkan HELP COPY dan tekan ENTER.Semuanya akan dilistkan daripada syntax penggunaan command dan description bagi syntax tersebut.
Kita boleh juga guna command /? tapi ia tidak disarankan kepada beginner kerana ia akan memberikan maksud yang lain jika berlaku typo error atau dalam bahasa salah taip.


Syntax:
Help [nama_command] e.g:Help format


*Help!!!helppppppp!!!!!<--ini bukan syntax yang betul ye tuan-tuan puan-puan.


2.COPY
Hmm…saya memang sukakan Nescafe tapi ini copy..yang mana fungsinya adalah untuk copy file daripada satu path kepada path yang lain.yelah..nama pun copy..
Camne nak guna.Okayla…for example saya ada satu file yang bernama msrt.exe dan path bagi file ini ialah E:\.Dan saya ingin salin file ini kedalam folder ini E:\ebbok.Jadi saya ada 2 cara samada:


1- E:>copy msrt.exe e:\ebbok
Atau
2- C:>copy E:\msrt.exe E:\ebbok


Syntax:
Copy [file_path1 ][file_path2]


Boleh juga ditulis COPY file_folder path_2 tanpa perlu menulis file apa untuk disalin dan apabila dirunkan,keseluruh file didalam folder pertama akan dicopy ke folder kedua.




3.XCOPY
Seperti copy,XCOPY boleh copy satu file ataupun group file ke directory lain.Dan ianya lebih power kerana memiliki kebolehan untuk copy seluruh directory dengan satu command sahaja iaitu dengan menggunakan /s.Mungkin minum powerroot kot??
Contoh dalam situasi ini saya ingin copy keseluruh file dan subfolder yang ada didalam folder dalam path E:\ebbok.Didalam folder ini terdapat file dan juga folder 1 dan folder 2.
Didalam kedua-dua folder ini juga terdapat pelbagai file.Jadi untuk copy keseluruhan file dan folder ini ke folder baru yang berada di path E:\cuba,saya akan gunakan command ini:


C:>xcopy E:\ebbok E:\cuba /s


Syntax:
XCOPY [file_path1] [File_path_2]




4.MOVE
MOVE,seperti copy ianya adalah untuk pindahan file dari satu destinasi kepada destinasi tetapi ia akan memindahkan sepenuhnya sumber asal bagi file terbabit dan tiada salinan akan dibuat.
Contoh:saya mahu membawa kesemua file didalam folder E:\ebbok saya ke folder E:\cuba2 sepenuhnya tanpa meninggalkan fail yang lama.Jadi saya akan tulis begini:


C:>MOVE e:\ebbok e:\cuba2.


Syntax:
MOVE [file_path1 ][file_path2]




5.CD (CHANGE DIRECTORY)
Untuk menukar directory bolehlah gunakan cd.Ia sama sekali bukan adik beradik cd-rom,cd-r ataupun artis veteran kita Cd Oraza.
Contoh,saya ingin mengakses desktop saya yang mana path bagi desktop saya adalah c:\users\rie Athena\desktop.Daripada path C saya akan tulis begini:


1- C:>cd users\rie Athena\desktop
Atau
2- C:>cd users
c:\users:>cd rie Athena
c\users\rie Athena:> cd desktop -wah!!!Penatnye buat camni!!!!Macamana kalau ada banya subfolder dalam tu???Huh!!


Dan untuk kembali kepada C: saya Cuma perlu menulis:
C:users\rie Athena\desktop:>cd\




6.MD (MAKE DIRECTORY)
Untuk membuat satu Directory ataupun folder kita bolehlah gunakan command MD.
Contohnya saya ingin membuat 1 folder bernama AKU didalam drive E.Jadi saya hanya perlu menulis:
C:>e:
E:>MD aku
Jadi di sini saya telah membuat 1 folder bernama aku.Bagaimana pula jika ingin memasukkan folder aku2 kedalam folder AKU?Cuba guna command ni pulak:
E:>MD \aku\aku2
Syntax:
MD [new_directory]

akan bersambung..

Friday, September 11, 2009

Adobe Dreamveawer CS3 Portable

Adobe Lightroom Portable


http://rapidshare.com/files/278450887/Lightroom.rar



Adobe photoshop portable cs3

Ad aware 2008

 One of the first applications built to find and remove adware and spyware, Ad-Aware's excellent reputation is well-justified. The 2008 edition looks to be more of a course correction from some of the missteps in the 2007 version.
The adware and malware detection engine has undergone a significant overhaul, resulting in faster scan times and improved rootkit detection. New users should notice that the app performs faster than integrated antivirus and antimalware programs: That's because only the paid version of Ad-Aware comes with a new antivirus engine. Only users of Ad-Aware's paid versions reap that benefit.
The updater is no longer permanently on, and it instead runs in your system's background only if you activate it--eliminating a big problem with last year's model. The interface improvements include six skins, cleanly designed tabbed navigation for each of the program's main functions, and easy-to-see red Xs and green check marks to indicate a features status.
Besides the antivirus integration, other features disabled in the free version include the real-time Ad-Watch guard, heuristics scanning, the scheduler, and plug-ins. Although Ad-Aware detects and removes malware with ease, we hesitate to recommend it as anything more than a secondary detection engine considering that many free competitors offer more features and similar, if not stronger, levels of effectiveness. 


http://rapidshare.com/files/278433513/adaware.rar

Bagaimana membuat free Collector Account Rapidshare

Puas dah godek-godek rapidshare untuk buat free account collector zone yang mana membolehkan kita upload file ke dalam Rapidshare dan mengumpul rapid pointni tapi mana da.....?tak jumpe ponnnn....


Okey2...senang jek....


1-cari mana-mana imej file atau text file yang bersaiz dalam 5k atau kebawah.

2-Buka browser anda dan tai"CHOOSE FILE" yang di tengah-tengah page tu dan cari imej atau text file yang saya sebutkan tadi.Tekan UPLODE.

3-soo...tunggu upload berjaya...dan anda akan terus dibawa ke page UPLODE/DOWNLOAD LINK dan tekan butang + di sebelah CREATE COLLECTOR ACCOUNT.

4-Isikan usernama,email address dan pasword.

TADAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!Dah siap!!!!!!



Sunday, August 23, 2009

Mac:bencana2 besar dan bagaimana menghadapinya


Ok.Ni adalah complete version bagi topic yg bambi post kat forum bertajuk Mac:bencana2 bessar dan bagaimana menhadapinya. bagaimana nk menghadapi bencana-bencana besar yg akan atau korg sedang alami dengan Mac korg. mungkin ada yg da tau tp bambi tetap nk share coz bambi xrasa sumer org tau pasal nde nih. Lagi 1 ni nak bagaitau tuan/puan/adik/kakak/abang sumer jangan korg ingat Mac ni stabil,so korg wat donno jek bab2 nk penjagaan ni. even stabil mane pn benda ni,xsemestinya mac korg tu immortal. kalau dah korg jaga lebih kureng je,kadang2 dia wat onar gakkn?
Kat cni ade beberapa benda yg korg kene sentiasa take note and tau camne nk troubleshoot Mac kalau nde gni jadi:

1-keyboard bila da dimandikan dengan air/liquid/fresh orange/tea tarik/milo ais..etc atas macbook

Langkah kaki kanan:
Bila korg da tertumpahkan benda2 seperti diatas ataupun adik-beradik spesies atas tu,korg kene bergerak sepantas kilat dan cabut plug komputer atau bateri.
Kemudian terbalikkan utk proses pengeringan.Lid tu korg kena bukak skit. AWAS! Jangan sesekali korg keringkannya guna mesin basuh sebab kemungkinan besar korg kena pegi kedai utk beli MACBOOK baru.Gunakan towel,kain,kertas or anything yg meresap and letak kat bawah machine tu.
Bila da kering or korg rasa2 cam da kering tu, jangan on Mac dalam masa kurang 72 jam. JANGAN guna hair-dryer! Memangla proses pengeringan tu lagi cepat tp… bila gunakan hair-dryer,ia akan memanaskan air n computer component tu sendiri.
Bila da cukup 3 hari 3 malam or lebih, cuba on balik mac tu and tengok kalau boleh start up normally. kalau tak,nasib korang memang tak baik. mungkin korang perlukan simpanan jangka masa panjang utk baikinya atau ..HEH.BELI BARU.^,^ 
bye2 Mac :cry:
Perlu diingat,jauhilah minuman sejuk bila korg berdua-duaan ngan mac korg tu sebab bila air sejuk bertemu dengan komponen panas,hehe alamatnye cam korang goreng pisang panas leee…


2-STARTUP mode stuck


Langkah kaki kanan:
Bila da sejam on Mac tapi Mac tu malu2 kucing untuk booting up and asyik tunjuk startup skrin tu je..apalagi,force shutdown Mac korang dengan menekan power button sampaila Mac tu dengan sendirinya mematikan dirinya(shutdown)
Dan tekan power button balik,dan cepat2 hold down command dan S key bila machine da startup.dan korang akan nampak tulisan putih dekat skrin(maknanya korang da masuk Single-user mode-ala2 safe mode bagi window)

Bila da Nampak #command prompt,tulis kat situ /sbin/fsck-fy (fsck stand for file systems consistency check utility) dan tekan butangReturn.Sekarang pegi tengok tv sebab machine korg tengah wat maintance dan membaiki segala problem yg ada.Estimate time:15 minit atau lebih.
Sekarang check balik machine dan cari perkataan “No problem were found”.Kalau takde n kuar message ni “File systems was modified”-korang rerun command tadi sampaila perkataan “No problem were found kuar”.Taip reboot and hit return.
Langkah kaki kiri:-Bila jalan di atas tadi tiada penyelesaian,masukkan OSX install disc.reboot.Tekan button Csebaik mac startup.Kalau guna mac os 10.4 atau later, masuk \Application\utilities\disk utility.Select hard disk dan pilih Repair Disk.Kalau xde error,klik Repair Disk Permission.
Ikut langkah sama bagi mac os 10.2 dan disk utility berada di path Installer\Open disk utility.
Langkah dua belah kaki:Mari kita susahkan org2 Apple dengan menyerahkan kepada yang pakar(Apple Care)
3-Mac fail to boot.
Langkah kaki kanan-Ni bukan malu2 kucing lagi dah ni,ni dah kira mencabar kesabaran dah ni.Kalau korang tak dengar langsung startup chime,power indicator pn xnyala,and xde apa2 bunyi dari harddisk ataupun kipas Mac,cuba cabut power cord,cabut bateri(kalau MAcbook),unplug segala peripheral cam scanner,printer,usb,etc..kira sampai 60(pelan2).reconnect blk.on power,check ok atau tak.kalau tak..buang balik semua2 tu and plug balik satu2.cuba check,ok ?
Langkah kaki kiri-tak ok lagi?cabut balik semua yg tadi.Cuba try reset Systems Management Controller.Apa itu Systems management Controller?Benda ni fungsinya cam nak bagi Mac korg recognize bateri atau power supply.Kalau benda nii corrupt for surela Mac tak boleh kenal bendda2 ni.Caranya-pergi susahkan org Apple.Hubungi mereka untuk mendapatkan cara bagaimana reset SMC tadi sebab lain jenis Mac lainlah caranya.
4-Mac slow tahap gaban

Langkah kaki kanan
:Dulu laju but then now slow tahap gaban.Window 98 guna Pentium 2 pn laju pada mac korang.Heh.jangan la nk salahkan Mac tu dah kaput.Check dulu samaada korg ada hobi download tah hape2 punye toolbar or install program yg korg guna sekali seumur hidup dan kat desktop tu da terlalu banyak folder or icon sampaikan korg pn xtau mana 1 folder yg korg nk cari.Bawak2la buang benda2 yg takde nilai lagi dalam Mac tu.Wat nyemak jek.Sesekali rajin2la wat housekeeping.Lagipun bila hard disk korg da mula penuh,jangan risau,kelembapan Mac korg akan bertambah ke tahap kritikal sebab Mac menggunakan VM( virtual memory) yang mana bergantung kepada free space hd Mac tu sendirii.

langkah kaki kiri-
satu lagi penyebab ketidakpantasan Mac adalah disebabkan kepanasan didalam machine tu sendiri akibat pengudaraan terhalang oleh debu,habuk2,bulu2 yang beranak pinak dalam tu.Nak buang bende2 ni memerlukan kepakaran mencabut casing cpu dan penyahdebuan dengan menggunakan sebotol compress air yg korg boleh dapat kat mana2 kedai jual hardware atau kedai DIY dan bukan kat butik2 datin saripah,mastura atau datin ani.Blow segala benda asing didalam machine tu dan harus diingat jangan blow lebih kedalam machine sebab itu hanya memburukkan keaadaan je.Kalau korg takde kepakaran ni,bawak pergi ke mana2 caw.AppleICare dan susahkan mereka untuk membersihkan Mac korang dan minta dorang tunjukkan sekali cara2 yg betul menggunakan compress air ni.

Langkah due belah kaki:

Dulu hanya ada 1 2 yg run at startup.Tapi kerana korg xdapat bersabar utk launch sesuatu application cam cs3,korg pn setkn application tu run kt startup.huh!semua program plak tu.Now,bl nk boot Mac,mulala korg kena menyabarkan diri sendiri utk tunggu Mac tu boot.Kan da makan diri sendiri..cuba buang seberapa byk startup item yg takberguna agar Mac tu laju cket time start up.Utk tengok startup item->pergi ke Systems preference-->User account-->startup item.

5-Application dah tunjuk taring.
Langkah kaki kanan:
Dulu bila korg launch je mana2 program,dengan baiknya mereka mematuhi arahan korang tapi sekarang application korg dah tunjuk taring.Crash sana sini.Cuba korg pk sejenak.Adakah korg ada install systems update?install software baru?tukar ape2 kat machine korg?kadang2 kita Cuma buat systems update je.Cuba apply update bagi application yg dah mula mogok tu.
Bila dorg still mogok,check program preference tu set kepada default.Atau cuba run application tu menggunakan user account baru.Kalau aktiviti mogok masih dijalankan,mungkin masalahnya dekat personal program preference.
Cuba buang preference program tu dari Users/Library/Preference’s folder.Kadang2 ada program yg akan auto create preference file tu bila kita launch program tu cam cs2 dan cs3 suite.Kalau tak tau nak reset,check kat website program tu.
Langkah kaki kiri-
Font yg da corrupt pn akan memberikan kesan kepada system korang.Nnt bambi tjk macamana nk deal dengan font yg bermasaalah ni.

6-Mac  mengeluarkan bunyi-bunyian sumbang
Langkah kaki kanan-
Bila korang dah mula dengar bunyi-bunyian sumbang dari Mac korg xkirala High –pitch or pitching lari ke..vibrato salah ke..yang datang dr hd tu maknanye hard disk korg dah mula memasuki alam nazak yg boleh membawa maut.Selain tu gak korg boleh tau bila selalu sangat application tu freeze,ataupun file korg tu tetiba missing,masa boot pn selalu je hang dan  slow giler time  bukak file or folder (maklumla..da tua).So,bila simptom2 ni muncul,cepat2la backup segala data yg ada serta backup la wang lebih sebab itu tandanya korg kena tukar hard disk baru(bukan bini baru).
7-Font
Langkah kaki kanan:
Korg ade problem dengan display terutama bila font yg kuar tu comot2 or kuar font china?Application selalu crash?Printing output xokay?Semua ni salah font.Ye!mari kita salahkan FONT!!Tapi bukan semua font.Cume Font JAHAT je atau dalam bahasa omputih bad font.
Kalau dalam OSX(tiger dan leopard) kita boleh check font jahat(bad font) dengan menggunakan font book.Buka applicationfont  book.Bila da buka tu tekan Command+klik @ Command +A utk pilih mana2 font untuk dicheck tahap keganasannya. Kemudian pergi File-Validate fonts.Kalau jumpa font yg corrupt ,korg akan nampak icon X dekat font tu.Tekan checkbox sebelah font jahat tu dan klik button Remove Checked untuk membuang kejahatan tu drpd bermahajalela dlm system korg.Kalau ada warning kaler kuning  dekat font tu,maknanye font tu berisiko membesar sebagai penjahat so kena manually  buang dari font folder,restart dan tengok balik kalau2 problem tu berjaya disetelkan.
OSX yg lama rasenya kena wat manual satu2.so klu korg guna OSx yg before tiger cam panther ke..maknanye korg kena belajar bersabar untuk check font ni satu2.lagi best cuba cari software kat tenet utk memudahkan kerja korang membanteras jenayah2 yg dah dilakukan oleh font ni.

PHOTOSHOP PEN TOOL:ASAS PENGGUNAAN


PENTOOL.


Pilih pen tool pada tool palettes
Terdapat 2 jenis pen tool tapi jangan tertukar sebab salah satunya adalah freeform pen tool.
Contoh hasil freeform pen tool:




















Untuk cara penggunaan pen tool:
penerangan:

Klik pada canvas untuk membuat point 1 dan klik lagi sekali untuk membuat point 2 dalam mode pen tool.klik berikutnya untuk menambah point yg ke-3 dan seterusnya.
Tekan shift ketika klik akan menjadikan garisan lurus antara kedua point.

2. Membuat lengkongan(curve)

 Penerangan:
Untuk membuat lengkongan bolehlah ditukar mode pen tool tadi kepada mode Add anchor point tool dengan right klik pada pen tool dan pilih mode pilihan.
Atau boleh juga melayangkan mouse ke atas garisan dianatara kedua point tersebut,mode akan berubah secara automatik.
Klik diatas garisan tersebut dan korang akan dapat lihat 3 titik bertambah diatas garisan tersebut.
Garisan baru yang berada ditengah adalah point 3 dan 2 titik bulatan kecil dipanggil control point.
Bila korang berada di mode pen tool,tekan ctrl dan klik pada point 3.
Gerakkan kemana2 arah yang korang mahu dan garisan tersebut akan membuat satu lengkungan mengikut arah yang korang buat tu.
Boleh juga korang tukar arah control point untuk dapatkan hasil yang berlainan. Just play a lil bit and you will be pro in just a minutes.
 

JADUAL WAKTU IMSYAK DAN BERBUKA 2009

Untuk mendapatkan jadual waktu berbuka sila klik di sini :http://www.islam.gov.my/portal/puasa09.php

PUASA

Hari ni baru masuk 2 hari kita,umat islam berpuasa..
Tapi takde rasa apa-apa...Macam bukan dalam bulan puasa...Teringat bulan puasa dulu-dulu...
seronoknya bukan main lagi..Lebih-lebih lagi ketika disambut di kampung bersama keluarga...
Malam pertama bersama-sama jiran  ke surau untuk menunaikan solat terawih..Jalan yang gelap diterangi pelita-pelita yang dinyalakan..Lepas balik dari surau,pergi berjalan2 mengelilingi kampung bersama kawan-kawan...seronoknya.................

Pagi,walaupun mengantuk masih lagi bangun untuk bersahor..
Masakan mak yang penuh 1 meja tu memang sedap!!!Ikan bawal..sup ayam...dan macam-macam lauk lagi..Tak macam sekarang...lauk pauk semua dibeli..mana taknye...balik kerja,singgah di bazar ramadhan,beli lauk pauk untuk dimakan berbuka dan bersahur sekali.Kadang-kadang jemu dengan lauk yang sama setiap hari..Sahur pn jarang-jarang sekali,itupun ketika rajin...huh....hidup membujang.....
Waktu berbuka memang seronok...Setiap hari mak akan marah pada abah yang akan membeli pelbagai jenis makanan untuk berbuka...bila tak habis,abah akan cakap "lain kali tak nak beli dah kalau takde org nak habiskan.." tapi keesokannya abah mesti akan beli punye!!
Kuih puteri mandi memang hari-hari mesti buat punye!!Dalam pukul 4 mesti tengok tv,hanya kerana nak tengok waktu berbuka puasa...
Kul 5.30 pula mesti tengok Jejak Rasul..
Bila dah dekat raya pula Mak di ruang menjahit,menjahit semua baju raya pelanggan ,kami pula (abah,asyu,ayu dan saya) akan ke dapur menyiapkan kuih raya..sikit-sikit bunyi bising didapur.."abah,jangan letak banyak sangat gula".."hah,alamak tepung tak cukuplah,pegi beli"..dan macam2 lagi...kadang-kadang bau      
biskut yang dibakar tu membuatkan saya berbuka puasa...Malamnye pulak,belum sempat raya,kuih raya dalam balang dah separuh habis..lebih-lebih yang hangus ditepi...huh...rindunye time tu.....tak macam sekarang...kuih tunjuk jek.......................................................................



Selamat menyambut bulan Ramadan..

SHUTDOWN PC DENGAN CEPAT

Kat sini nak tunjuk camne nak shutdown pc dengan cepat.


Kita akan bermain ngan registry so korg kena wat backup dulu before mengubah sebarang registry.

Dah siap backup?ok now pegi run dan taip kat situ regedit.

Cam dalam gambar tu :











Carik HKEY_CURRENT_USER \ Control Panel \ Desktop dan cari HungAppTimeout dan tukar value dari 5000 kepada 1000.klik ok.














Lepas tu scroll lagi and cari WaitToKillAppTimeout dari 20000 kepada 1000 dan klik ok.

Kemudian cari pulak HKEY_USERS \ DEFAULT \ Control Panel \ Desktop dan tukar HungAppTimeout kepada 1000 dan tekan ok.


Dah.tapi kalau boleh bagila value tu besar sikit daripada value yg ditunjukkan kat atas sebab sebanarnya pc korg akan perform maintenance time shutdown tu.Bila korg pilih value yg sangat rendah mean that pc korg takkan dapat perform maintenance tu.

*Follow this instruction with caution seab editing registry maybe harmful for your computer.

Saturday, August 22, 2009

Hello

Baru je nak berjjinak-jinak dalam dunia penulisan.Pening juga kepala nak fikirkan apa nak tulis sedangkan sebelum ni banyak perkara yang ingin disampaikan.
Sebenarnya  blog ni dibuat untuk membantu kawan-kawan senegara yang mana masih lagi blur2 bila berbicara tentang IT..
Bila sebut IT jek..mungkin ramai yang dah biasa tentangnya..ada yang dah jadi web programmer tapi bila nak format pc,ada juga yang hantar kedai.Jadi..macamana dia boleh jadi web programmer tapi tak tau nak format pc??Kesimpulannya,tak semua tau dan tak semua terrer IT..termasuklah saya...
soo,sama-samalah kita bantu-membantu mana yang boleh..^_^

Kemudian saya rasa nak masuk itu ini dalam blog ni yg mana langsung tak de kaitan dengan IT,soo...ianya akan jadi lebih umum...Jadi sebab tulah saya namakan blog ni GiveMeNama je,dan tidak "belajarIt","bantuIt" atau ape2 nama yang khusus untuk IT je....huh..bosannye...>.>