Monday, November 30, 2009

MENUKAR IMEJ BEWARNA KEPADA B/W

Imej didalam warna hitam dan putih bukanlah asing buat masa kini,malah imej sebegini sangat popular kerana ia dapat memberikan emosi yang berlainan daripada imej bewarna.Sekarang ni hampir 90% menggunakan kamera digital yang mana kita boleh setkan mode B/w ketika mengambil imej,tapi bagaimana pula bagi imej yang diambil dlm mode bewarna untuk diconvertkan kepada mode b/w.Rasanya ramai pembaca dah tahu bagaimana nak tukar mode imej kepada b/w dengan menggunakan photoshop.Tapi tahukah anda terdapat lebih daripada 1 teknik untuk menukar mode imej kepada b/w didalam photoshop???Jom!Jom baca!




Teknik 1(teknik paling popular):
Buka imej.Pergi image-->mode-->grayscale.Save.cara yang mudah namun tidak memberikan hasil yang begitu sempurna.

Teknik 2(Juga teknik yang sangat popular)
 
Pergi Image-->adjusment-->desaturate.

Teknik 3:


Image-->adjustment-->hue/saturation.Masukkan nilai bagi saturation kepada -100.Anda akan dapat b/w.

Teknik 4:

Gunakan 3rd party plug-in samada percuma ataupun berbayar.Teknik ni sungguh memudahkan anda.Cuma dengan sekali klik sahaja.Anda mungkin akan dapat imej yang sempurna.

OK,tu adalah antara teknik yang biasa dilihat,digunakan dan didengar.Dan mungkin anda telahpun mencuba kesemua teknik diatas.Tapi bagaimana pula dengan teknik ke-5 atau ke6?Teknik ini akan dapat membantu memberikan hasil yang lebih baik kepada imej anda.Jeng!!Jeng!!Jeng!!!

Teknik 5:
-
Buka imej.Tukarkan mode image-->mode-->Lab color.
-Pergi Channel.Jika tiada pergi window-->channel.Pilih channel lightness.

-Kemudian pergi ke image-->mode-->grayscale.
Apabila ditanya untuk discard other channel?klik ok.

-Kemudian tukarkan kepada mode RGB.save.
Anda akan dapat hasil yang lebih baik daripada teknik diatas.

Teknik 6:
-
buka imej.Lihat channel.Window-->channels.
-klik pada mana-mana channel.anda akan lihat imej anda akan bertukar menjadi b/w.setiap channel memberikan hasil yang berlainan.
Sekiranya anda berpuas hati dengan salah satu channel,anda hanya perlu klik pada channel yang yang lain dan masukkan kedalam bakul sampah(trash).
Kemudian tukarkan pada mode greyscale dan save.
Jika anda masih lagi ragu-ragu dengan pilihan channel ini ataupun anda tidak dapat memilih antara kedua channel pilihan yang terbaik,anda boleh teruskan membaca langkah seterusnya.

-Tekan balik RGB channel.Pergi pada image-->adjustment-->channel mixer.tekan pada box monochrome.

-sekiranya tadi anda telah memilih-milih 2 channel terbaik,masukkan value 0 bagi channel yang anda tidak mahu gunakan.contohnya,biru.Dan tukarkan value bagi channel red dan green agar kedua-dua nilai dijumlahkan menjadi 100%.

-Teknik ini memberikan anda lebih kontrol untuk mendapatkan hasil mengikut keinginan anda namun anda perlu try an error kerana agak sukar untuk anda membuat penilaian bagi sesetengah warna.

sama tapi tak serupa....




No comments:

Post a Comment