Saturday, October 3, 2009

JOM BELAJAR COMMAND CMD.EXE - BASIC

1.HELP
Command ini akan membantu anda sekiranya anda lost/sesat ataupun memerlukan bantuan bagi sesetengah command yang anda tidak ketahui.
Contohnya anda ingin mendapatkan bantuan mengenai command “copy” (bukan kopi-ini adalah sejenis minuman).Jadi hanya taipkan HELP COPY dan tekan ENTER.Semuanya akan dilistkan daripada syntax penggunaan command dan description bagi syntax tersebut.
Kita boleh juga guna command /? tapi ia tidak disarankan kepada beginner kerana ia akan memberikan maksud yang lain jika berlaku typo error atau dalam bahasa salah taip.


Syntax:
Help [nama_command] e.g:Help format


*Help!!!helppppppp!!!!!<--ini bukan syntax yang betul ye tuan-tuan puan-puan.


2.COPY
Hmm…saya memang sukakan Nescafe tapi ini copy..yang mana fungsinya adalah untuk copy file daripada satu path kepada path yang lain.yelah..nama pun copy..
Camne nak guna.Okayla…for example saya ada satu file yang bernama msrt.exe dan path bagi file ini ialah E:\.Dan saya ingin salin file ini kedalam folder ini E:\ebbok.Jadi saya ada 2 cara samada:


1- E:>copy msrt.exe e:\ebbok
Atau
2- C:>copy E:\msrt.exe E:\ebbok


Syntax:
Copy [file_path1 ][file_path2]


Boleh juga ditulis COPY file_folder path_2 tanpa perlu menulis file apa untuk disalin dan apabila dirunkan,keseluruh file didalam folder pertama akan dicopy ke folder kedua.




3.XCOPY
Seperti copy,XCOPY boleh copy satu file ataupun group file ke directory lain.Dan ianya lebih power kerana memiliki kebolehan untuk copy seluruh directory dengan satu command sahaja iaitu dengan menggunakan /s.Mungkin minum powerroot kot??
Contoh dalam situasi ini saya ingin copy keseluruh file dan subfolder yang ada didalam folder dalam path E:\ebbok.Didalam folder ini terdapat file dan juga folder 1 dan folder 2.
Didalam kedua-dua folder ini juga terdapat pelbagai file.Jadi untuk copy keseluruhan file dan folder ini ke folder baru yang berada di path E:\cuba,saya akan gunakan command ini:


C:>xcopy E:\ebbok E:\cuba /s


Syntax:
XCOPY [file_path1] [File_path_2]




4.MOVE
MOVE,seperti copy ianya adalah untuk pindahan file dari satu destinasi kepada destinasi tetapi ia akan memindahkan sepenuhnya sumber asal bagi file terbabit dan tiada salinan akan dibuat.
Contoh:saya mahu membawa kesemua file didalam folder E:\ebbok saya ke folder E:\cuba2 sepenuhnya tanpa meninggalkan fail yang lama.Jadi saya akan tulis begini:


C:>MOVE e:\ebbok e:\cuba2.


Syntax:
MOVE [file_path1 ][file_path2]




5.CD (CHANGE DIRECTORY)
Untuk menukar directory bolehlah gunakan cd.Ia sama sekali bukan adik beradik cd-rom,cd-r ataupun artis veteran kita Cd Oraza.
Contoh,saya ingin mengakses desktop saya yang mana path bagi desktop saya adalah c:\users\rie Athena\desktop.Daripada path C saya akan tulis begini:


1- C:>cd users\rie Athena\desktop
Atau
2- C:>cd users
c:\users:>cd rie Athena
c\users\rie Athena:> cd desktop -wah!!!Penatnye buat camni!!!!Macamana kalau ada banya subfolder dalam tu???Huh!!


Dan untuk kembali kepada C: saya Cuma perlu menulis:
C:users\rie Athena\desktop:>cd\




6.MD (MAKE DIRECTORY)
Untuk membuat satu Directory ataupun folder kita bolehlah gunakan command MD.
Contohnya saya ingin membuat 1 folder bernama AKU didalam drive E.Jadi saya hanya perlu menulis:
C:>e:
E:>MD aku
Jadi di sini saya telah membuat 1 folder bernama aku.Bagaimana pula jika ingin memasukkan folder aku2 kedalam folder AKU?Cuba guna command ni pulak:
E:>MD \aku\aku2
Syntax:
MD [new_directory]

akan bersambung..

No comments:

Post a Comment