Thursday, October 8, 2009

TOP MAC BOWSER



PELAYAR(BROWSER) WEB UNTUK MAC OSX
Kalau sebut pasal pelayar web bagi os Mac,kebanyakannya akan cakap Safari,Opera,Firefox.Asyik-asyik dorang jek yang dapat nama.Mana aci camni!Rata-rata kita hanya mengenali 3 pelayar web tu je,so kat sini mari kita berkenalan dengan pelayar-pelayar web bagi os Mac.Calon-calonnya ialah....Jeng!!!Jeng!!Jeng!!




1.Safari

Seperti Internet Browser,safari adalah default browser dan didatangkan terus didalam OS MAC dan sekarang berada pada ranking pertama dalam browser terpantas mengalahkan rakan-rakannya yang lain.Hmm...kuda ku lari gagah beraniiiiii!!!Jeng3.!!!Dan salah satu perkara menarik menganai browser ini ialah ia boleh disynckan dengan Iphone anda tidak seperti mana-mana browser yang lain.Hmmm…bagus tu kawan.

p/s:safari adalah default browser saya.


2.Firefox



Hmm,MusangBerapi ni memang terkenal samada dalam perisian Window,Mac mahupun Linux.Salah satu kebaikan Firefox ni adalah memiliki pelbagai extension yang membolehkan anda menyesuaikan mengikut kehendak anda.Namun flash running dalam firefox agak perlahan berbanding browser lain ler….hummmpp..tak ‘flash’ la gini.


3.Opera

Bukan wayang Opera dan bukan Phantom of the Opera dan yang pastinya ia pantas.Dipersilakan tuan puan,Opera!!Browser yang paling advance di muka bumi(Errr..mungkin)Cuba sekali nak lagi!!!


4.Chrome

Chrome dihasilkan oleh Google(site yang paling banyak dilayari dan enjin carian no1 didunia) tapi untuk Mac,ianya tidaklah begitu stable lagi.Tapi pengguna akan dapati pelayar ini bekerja dengan pantas dan bak kata mat saleh,”hmm!!its works really fast!” sambil menunjukkan thumb up.


5.Flock

Rasanya bila dah sampai flock ni,pembaca mungkin akan jadi blur-blur sebab mungkin tak pernah dengar browser flock ni.Flock disasarkan pada pengguna media sosial  yang mana berasaskan enjen Mozilla Gecko.


6.Cruz

Walaupun namanya Cruz,tak bermakna ia diciptakan oleh Penelope cruz.Jadi jangan tertipu ye.Seperti flock,Cruz juga merupakan browser sosial yang mana anda boleh melayari banyak page didalam spilt view.Ye..Split view tu…apa nak cakap dalam bahasa??emm..cam pecah dua window tu so boleh tengok kedua-dua page serentak.camtulah ye.Untuk monitor yang kecil tidaklah digalakkan.


7.Camino

Huh?La…ingatkan casino ler tadi.Camino hanya didatangkan untuk Mac Os X je,dan yang lain-lain tu tak dilayan.Jangan cakap saya tak bagitau pula ye.Ianya sangat laju dan interfacenye pulak simple jek dan senang nak guna pulak.Hmmm….mungkin saya patut cuba…


8.Shiira

Dengar nama pun dah tau ni buatan Jepun.Dan ianyanya adalah open source yang mana berasaskan Webkit.Ianya menampilkan interface yang agak inovatif dan  mempunyai pelbagai features yang unik.Ianya agak menyeronokkan tapi tidak bersedia untuk penggunaan yang serius.Laaa…baru je nak cube..tak jadi la..


9.Omniweb

Omniweb juga memilik beberapa fungsi yang kool berbanding browser yang lain.Contoh fungsi yang kool adalah tabs yang didatangkan dengan thumbnail yang mana sekarang opera juga memiliki fungsi sebegitu.


10.Sunrise

MatahariTerbit ni juga berasaskan webkit dan satu kebaikannya adalah kelajuan yang memuaskan.Memiliki features yang unik namun belum tentu boleh digunakan dengan serius.


11.Seamonkey

Macam bes jek monyetlaut(terjemahan dalam bahasa sebijik-sebijik walaupun seamonkey adalah sejenis burung)  ni.Ianya sangat menarik.Ia juga didatangkan dengan email,newsgroup client,html editor,IRC chat dan development tool.


12.iCab

Teksi?icab adalh perisian shareware yang mana anda mungkin perlu mengeluarkan poket kosong anda membayar untuk merasai pelayaran internet sepenuhnya yang mana feautures yang terdapat pada browser ini tidak ada pada browser lain.Hooo…patut le…Tapi tak semestinya orang akan bayar sedangkan ada browser lain yang lebih baik pada ni.

14.Kidzui 
Dengar nama dah tau dah ianya khas untuk kanak-kanak.Kidzui adalah web browser yang selamat untuk dilayari oleh kanak-kanak dan interfacenya agak comel serta mudah digunakan.Maklumlah untuk budak-budak...Jika anda memiliki anak-anak yang melayari internet bolehlah gunakan browser ini.


13.Lain??Jangan malu-malu untuk berkongsi browser mac os yang tidak disenaraikan diatas ye.lagi banyak lagi bagus.Mungkin sampai 50 ke..?errr…banyak tu…tapi takpela..

No comments:

Post a Comment