Jika anda membaca post saya di sini anda semestinya tahu mengapa saya ingin melihat fail-fail tersembunyi di dalam Mac. Okay,untuk pengetahuan anda, ia hanya salah satu daripada sebab,namun ada pelbagai sebab mengapa saya ingin melihat fail-fail tersembunyi di dalam Finder yang mana lebih kepada untuk penyelesaian masalah dan monitor fail-fail yang wujud di dalam OSX. Dan sekiranya anda tiada sebab penting untuk melihat fail-fail tersembunyi tersebut saya tidak sarankan untuk mengaktifkan paparan fail tersembunyi kerana kebanyakan fail-fail ini sensitif dan digunakan oleh sistem dan membawa risiko sekiranya ia terbuang oleh tangan-tangan yang gatal itu.
Untuk menjadikan sesebuah fail tersebut tersembunyi dan tidak dipaparkan di finder, anda hanya perlu menambah titik (. ) di hadapan nama fail tersebut.
Contoh: .text.pdf
Tahap : Sedikit pengetahuan tentang Termina(Kalau hebat, jangan baca kat sini ye.Ini untuk budak-budak baru belajar je)
Program : Terminal (untuk mengelakkan penggunaan software 3rd party)
Langkah:
1. Buka Terminal. (Rasanya anda pun mesti tahu macamana nak buka Terminal kan??.)
2. Mula-mula taip ni:
defaults write com.apple.Finder AppleShowAllFile TRUE Kemudian restart Finder.Guna command ni:
killall Finder
4.Klik pada Finder sekiranya Finder anda tidak run dan cuba lihat magik yang baru anda lakukan.Sekiranya anda hanya cuba-cuba command ini dan ingin mematikan paparan tersembunyi kembali kepada asal anda hanya perlu menaip kembali command diatas dan gantikan
AppleShowAllFiles TRUE kepada AppleShowAllFiles FALSE.
Senang bukan?
Melalui laman diatas, Paul juga ada menunjukkan cara untuk melihat fail tersembunyi melalui Terminal tanpa perlu memberi kesan keatas Finder dan bersifat sementara.

No comments:
Post a Comment