Monday, January 3, 2011

Menghasilkan Bebayang keatas Gambar menggunakan Photoshop

final.jpg


Bayang-bayang sangat sinonim untuk menghidupkan sesebuah gambar atau imej yang anda hasilkan.Untuk tutorial kali ini saya akan tunjukkan bagaimana untuk memasukkan bayang-bayang keatas objek didalam imej anda.


Tutorial ini dibuat dengan menggunakan Adobe Photoshop CS4.Langkah yang ditunjukkan mungkin sedikit berbeza daripada siri Adobe Photoshop anda namun tutorial ini boleh dicuba dengan menggunakan siri adobe photoshop yang lain.Selamat mencuba.



1.Katakan saya menggunakan image ini.pastikan objek anda adalah single objek iaitu objek yang mempunyai transparent background.Jika tidak anda perlu buang gambar latar dibelakang objek anda terlebih dahulu.


1.jpg


2.Sekarang,pergi kepada layer anda.Klik kanan dan pilih Blending Option.masukkan nilai ini:


<2>2.jpg


3.Masih pada layer anda,klik kanan pada "Drop shadow" iaitu pada layer style.Kemudian pilih create layer.


3.jpg


4.Sekarang namakan layer anda yang baru kepada "bebayang".


4.jpg


5.Kita akan putarkan layer bebayang dan letakkan pada kedudukan yang betul.Pergi Edit-> Free Transform(Ctrl+T).


6.Sekarang inilah waktu yang paling memerlukan daya kreativiti dan logic anda.Anda harus bijak memilih kedudukan dan bentuk bebayang anda agar ianya kelihatan realistik.Gerakkan titik-titik kotak tersebebut mengikut pilihan anda dan tekan ENTER.


5.jpg


7.Contoh final produk saya yang tak berapa final.Maaf jika anda perasan detail tidak berapa kemas.


final.jpg

No comments:

Post a Comment