Ketika Mac OS X baru dipasang,secara automatiknya Mac OS X akan menghidupkan fungsi automatik login untuk akaun pertama yang disetup, yang mana membolehkan anda untuk login tanpa memberikan username dan password.Login automatik bermakna bahawa sesiapa yang mempunyai akses fizikal untuk Mac anda boleh mendapatkan akses penuh ke akaun anda dan fail anda. Ini adalah berisiko bagi pemilik Mac terutama pemilik MacBook yang pernah dicuri kerana ianya memudahkan orang lain mengakses akaun anda sekaligus mendedahkan privasi anda.
Anda boleh mematikan automatik login dalam panel System Preferences >Akaun.Pilih akaun anda dan pilih Automatic Login>Disabled.

No comments:
Post a Comment