Monday, November 12, 2012

Adobe Photoshop Tidak Dapat Run Kecuali Sebagai Administrator

Selamat petang para pembaca semua!!!Saya sangat mengantuk sekarang,baru je lepas makan nasi sepinggan.Nescafe langsung tak memberikan sebarang efek..Tetiba teringat akan sesuatu yang patut saya kongsikan kepada semua sebelum saya terlupa.Okey, adakah anda,rakan anda, pengguna anda ataupun sesiapa sahaja yang anda kenali terkena masalah seperti ini iaitu PHOTOSHOP crash setiap kali anda run program ini tetapi tidak sekiranya anda runkan program ini sebagai Administrator??

 
 Jalan yang paling kurang mencabar bagi korang (sekejap anda sekejap korang.Ape  ni???)  mestilah dengan reinstall PHOTOSHOP.Tapi saya tak nak!Sebab...oleh kerana ia boleh berfungsi dengan baik jika anda run dalam akaun Administrator atau RUN AS Administrator, maknanya  program ini tiada masalah.Masalah mungkin disebabkan akaun user tersebut. Problem ini banyak berlaku lebih-lebih lagi user menggunakan akaun domain dan bukan Local user.

Sesetengah forumer akan menyarankan agar anda mengubah nama ScriptingSupport.plugin dengan menambahkan karakter ~ di depan nama asal menjadikannya ~ScriptingSupport.plugin yang mana akan mematikan fungsi plugin ini,menyebabkan beberapa fungsi akan .Anda boleh baca forum ini untuk sebarang idea mengenai masalah ini.
Namun sekiranya anda tidak mengaktifkan ScriptingSupport.pluggin, anda akan lihat beberapa fungsi akan dimatikan.Cara yang lebih mudah ialah dengan membuang folder AIC di dalam
registry editor.

Langkah:
1.Buka registry editor dengan menggunakan command REGEDIT didalam kotak RUN atau SEARCH.
2.Cari HKEY_CURRENT_USER\SOFTWARE\ADOBE\IAC
3.Delete folder IAC tersebut.
4.Apabila anda run photoshop,folder ini akan dibuat semula.

No comments:

Post a Comment