Tuesday, May 17, 2011

Stealing Focus dan Cara Penyelesaian

Seseorang telah menalifon saya dan mengadu bahawa apabila dia menggunakan sesuatu applikasi,dalam kadar 30 saat aplikasi tersebut tiba-tiba tidak aktif dan dia terpaksa menekan window aplikasi tersebut semula.

Ini bermaksud contohnya apabila anda sedang menaip didalam microsoft word, tiba-tiba apa yang anda taip tidak timbul didalam microsoft word tersebut dan apabila anda lihat pada frame window itu sendiri ianya bewarna kelabu.Ini dinamakan window yang tidak aktif dan untuk mengaktifkannya kembali anda perlu klik kembali pada microsoft word.Ianya berbeza dengan minimise window kerana ia tidak mengecilkan window microsoft word kembali pada taskbar.

Apabila kejadian ini berlaku secara tiba-tiba dan kerap seperti setiap 30 minit, kemungkinan pc anda telah dijangkiti virus dan keadaan ini juga dipanggil "Stealing Focus".

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mengimbas pc anda dengan antivirus yang mempunyai definisi virus terbaru.
Saya telah cuba mengimbas dengan Malwarebytes namun tiada virus dikesan????!

Jadi langkah kedua ialah dengan melakukan sedikit tweak keatas registry.[Harus di ingat ianya berisiko apabila anda melakukan perubahan keatas registry!Jadi lakukan berhati-hati.]

Salin tulisan dibawah ke atas Notepad.

Windows Registry Editor Version 5.00
[HKEY_CURRENT_USER\Control Panel\Desktop]
"ForegroundFlashCount"=dword:00000000
"ForegroundLockTimeout"=dword:00030d40

Save sebagai ALL FILES dan namakan file tersebut dengan ".reg" dibelakang nama tersebut.Contoh: focus.reg dan save ke dalam desktop.

Pergi kepada desktop anda dan klik kanan pada file yang anda baru buat dan klik "MERGE".
Jangan lupa untuk pilih "YES" apabila ditanya.
Restart pc anda.Lihat jika ada sebarang perubahan.

Hah?Tak ada???
Jadi last resort adalah dengan menggunakan tool TWEAK UI.Download Tweak UI di sini.
Kemudian Install mengikut arahan yang diberikan.

Kemudian pergi ke Start>All program> Powertoys for window XP >Tweak UI.

Didalam program Tweak Ui dan click pada tanda + bersebelahan General di sebelah kiri.

Pilih FOCUS

DI belah kanan, tick pada Prevent aplication from stealing focus dan klik OK.

Harap ini dapat membantu!!!

No comments:

Post a Comment