Thursday, December 8, 2011

Tolong!Apakah Makna Startup Ikon Dalam MacOSX?




Seringkali ketika kita power On Mac , kamu mungkin perasan terdapat ikon seperti Apple di boot screen bukan?
Sekiranya tiada masalah, kamu akan dipaparkan dengan ikon Apple bewarna kelabu ataupun versi lama, Happy Mac.
Tetapi sekiranya Mac kamu mengalami masalah dan tersangkut di boot skrin ,kamu akan dipaparkan dengan ikon-ikon yang berbeza.
Tahukah kamu setiap masalah memiliki ikon yang tersendiri yang mana akan memudahkan kamu untuk mengenal pasti apakah punca OSX anda tidak dapat dihidupkan seperti biasa.
Jadi adakah anda tahu apakah maksud setiap ikon tersebut?




Jom kita lihat:


Flashing question mark: Mac mungkin tidak dapat mengenal pasti atau tidak dapat detect hard disk atau startup hard disk yang sah.
Anda mungkin perlu memasukkan startup media seperti hard disk atau cd , ataupun tekan Option key untuk memilih startup media.


Tanda larangan atau folder rosak : Fail-fail penting dalam sistem operasi telah rosak atau dibuang.




Flashing globe : Kamu cuba boot melalui network yang mana server offline mahupun mac tersebut tidak mendapat sambungan internet.
.

No comments:

Post a Comment