Tuesday, December 21, 2010

Bagaimana untuk reset password MAC OS X anda tanpa menggunakanaip cd installer

Bagaimana nak reset password?Senangje..pergi ke Systems Preference-->Accounts-->pilih user-->dan klik Change Password.Mudah bukan?Tapi kaedah ini hanya boleh diaplikasikan apabila anda mengetahui password untuk akaun Administrator Mac osx anda.Bagaimana pula jika anda merupakan satu-satunya user bagi Mac OSX ataupun anda adalah satu-satunya user yang mempunyai access Administrator?Tentu perkara ini akan menjadi lebih sukar bukan??Tapi jangan risau,disini saya akan tunjukkan bagaimana untuk reset password administrator anda tanpa menggunakan sebarang cd atau 3rd party application.



Reset 10.5 Leopard & 10.6 Snow Leopard password



  1. Boot Mac.

  2. Tekan lama(Hold) Command+S pada keyboard untuk masuk ke single-user mode ketika mac sedang dihidupkan sehingga anda nampak terminal(warna hitam dan mempunya pelbagai perkataan).

  3. Taip mount -uw / dan tekan Enter.

  4. Taip launchctl load /System/Library/LaunchDaemons/com.apple.DirectoryServices.plist dan tekan Enter.

  5. Taip ls /Users dan tekan Enter. Ini akan memaparkan list bagi username yang didaftarkan didalam Mac osx anda.Perlu diingat,sekiranya biasanya anda login menggunakan nama Ahmad Sofian,tetapi apabila anda runkan command ini,anda akan dapati nama sebenar username anda adalah Sofian.Jadi inilah username yang anda akan gunakan nanti.

  6. Taip dscl . -passwd /Users/username password dan tukarkan "username" kepada username yang dipaparkan mengikut langkah 5 dan tukarkan "password" kepada password baru yang anda ingin masukkan.

  7. Taip reboot dan Enter.

Reset 10.4 Tiger password

  1. HIdupkan atau restart mac.

  2. Masuk single user mode(cmd+s)

  3. Taip sh /etc/rc dan tekan Enter/Return.

  4. Taip passwd username dan tukarkan "username" kepada username dan tukarkan "password" kepada password baru yang anda ingin masukkan.Type your desired password and press Enter.

  5. Taip reboot dan tekan Enter.

Tipu Mac anda dengan membuat Akaun user yang baru.

Sekiranya langkah diatas tidak berjaya,anda boleh cuba mengikuti langkah ini.

  1. R=Hidupkan Mac atau restart.

  2. Masuk single user mode(command+s).

  3. Taip mount -uw / dan tekan Enter.

  4. Taip rm /var/db/.AppleSetupDone dan tekan Enter.

  5. Taip shutdown -h now dan tekan Enter.

Langkah ini akan menipu Mac osx anda untuk mempercayai bahawa operating systems ini belum pernah dihidupkan sebelum ini dan apabila anda restart mac anda,anada akan dibahawakan kepada registraion dan setup proses seperti pertama kali anda setup mac anda.Tidak perlu risau kerana semua file masih ada. Anda cuma perlu sambung proses tersebut dan pastikan jangan memilih option untuk transfer atau "migrate information to the Mac"

Selepas restart,login ke dalam user admin yang baru dan pergi ke System Preferences > Accounts. Tekan kunci untuk membuat sebarang perubahan. Anda akan dan anda akan dapat lihat kesemua user akaun disebelah kiri anda.Bermula disini anda akan dapat menukar password akaun anda dan login seperti biasa.

No comments:

Post a Comment