Wednesday, June 5, 2013

Percuma 20GB saiz simpanan Cloud dengan Copy

Pernah tak sebelum ini anda menggunakan applikasi seperti ini?

Tapi pernahkah anda menggunkan aplikasi ini?

Friday, May 24, 2013

Menambah Efek Jahitan Dengan Ilustrator

  • Program: Adobe Illustrator CS4 keatas
  • Kesukaran: Intermediate (Tahu asas beberapa perkara ) 
  • Topik: Appearance panel, Effects, gradients ,Stroke,blending mode,path,distort &transform)
  • Jangkaan siap:20-30 minit

Thursday, April 4, 2013

Memberi Efek Lakaran Pada Teks.

Program: Illustrator CS2 keatas.
Tahap Kesukaran: 3/10 (Senang,tahu basik Illustrator).
Anggaran Masa Untuk Siap:5-15Minit.
Jumlah langkah:7

Contoh Akhir:




Monday, November 12, 2012

Adobe Photoshop Tidak Dapat Run Kecuali Sebagai Administrator

Selamat petang para pembaca semua!!!Saya sangat mengantuk sekarang,baru je lepas makan nasi sepinggan.Nescafe langsung tak memberikan sebarang efek..Tetiba teringat akan sesuatu yang patut saya kongsikan kepada semua sebelum saya terlupa.Okey, adakah anda,rakan anda, pengguna anda ataupun sesiapa sahaja yang anda kenali terkena masalah seperti ini iaitu PHOTOSHOP crash setiap kali anda run program ini tetapi tidak sekiranya anda runkan program ini sebagai Administrator??

 

Sunday, October 28, 2012

Memaparkan Fail-fail Tersembunyi Di Dalam MAC OSX


Jika anda membaca post saya di sini anda semestinya tahu mengapa saya ingin melihat fail-fail tersembunyi di dalam Mac. Okay,untuk pengetahuan anda, ia hanya salah satu daripada sebab,namun ada pelbagai sebab mengapa saya ingin melihat fail-fail tersembunyi di dalam Finder yang mana lebih kepada untuk penyelesaian masalah dan monitor fail-fail yang wujud di dalam OSX.  Dan sekiranya anda tiada sebab penting untuk melihat fail-fail tersembunyi tersebut saya tidak sarankan untuk mengaktifkan paparan fail tersembunyi kerana kebanyakan fail-fail ini sensitif dan digunakan oleh sistem dan membawa risiko sekiranya ia terbuang oleh tangan-tangan yang gatal itu.

Untuk menjadikan sesebuah fail tersebut tersembunyi dan tidak dipaparkan di finder, anda hanya perlu menambah titik (. ) di hadapan nama fail tersebut.
Contoh:  .text.pdf



Wednesday, October 24, 2012

Aktifkan Akaun Root Pada Mac Anda

Okay, mungkin tips ni dah ketinggalan zaman tapi saya bawakan juga topik ni kerana masih lagi yang confius mengenai "Root" user di dalam sistem UNIX.
Sebelum kita belajar macamana nak aktifkan akaun Root ni,apa kata kita berkenalan dulu dengan  Root user.Apa itu akaun Root?? (Akar??)
Mengikut Apple website - > defininsi ni di copy pastekan daripada http://support.apple.com/kb/ht1528/


Mengenai pengguna root

Pengguna yang dinamakan "Root" adalah pengguna yang istimewa dalam sistem operasi UNIX yang telah membaca(read) dan menulis(write) hak keistimewaan keatas semua  fail sistem. Root hanya perlu digunakan untuk pentadbiran tertentu atau tugas-tugas pemantauan. Selepas menamatkan tugas sebagai pengguna root, anda perlu log keluar Mac OS X dan log masuk kembali menggunakan akaun biasa atau pentadbir.

Tuesday, July 31, 2012

Java dan problem Window 7 64-bit

Ok.Perkara ini baru berlaku kepada saya selepas Java 7 update 5 dilancarkan yang mana memerlukan saya membuang Java 6 yang dikatakan terdedah dengan risiko exploitasi.Maka..saya pun update Java dan membuang Java yang lama-lama(yang telah berkhidmat untuk saya tanpa sebarang masalah.)


Tapi,selepas update tersebut,setiap browser tidak dapat detect Java plugin yang telah di install.Maka saya buang dan install kembali.Masih tiada.Dah puas saya cari di Google bagaimana nak selesaikan masalah ini.Rasa frust pun ada sebab seminggu saya buat tak dapat.Oh.sebelum saya lupa, saya menggunakan win 7 64-bit dan menurut bacaan forum,saya sepatutnya install java 64-bit.Tapi itu semua tippppuuuuuuu... Java 64-bit hanya untuk Internet Explorer 64-bit.Tapi saya bukan pengguna Internet explorer.Patutlah Java plugin tidak di detect dan terpapar di plugin control dari mozila dan chrome.Sebab mozila tersebut menggunakan 32-bit.Huhhh.Terasa macam diri ini masih kurang ilmu je.. Jadi saya cuba untuk install Java 32-bit.Tapi problem lain pula muncul.katanya "allready install.setup now exit".<--alamak,saya tak berapa ingat apa errornya tapi lebih kurang macam ni lah.jadi saya tidak dapat install Java 32-bit. 

Bengang jek...macam-macam cara saya buat termasuklah edit registry,uninstall install,guna ccleaner,JavaRa dan macam-macam lagilah. Nasib baik bulan puasa...tahap kesabaran itu tinggi sikit.Ketika itu,kalau tak dapat,saya memang nak format je. Tapi lepas tu saya install revo uninstaller pro(trial).Rupanya masih ada Java program yang belum habis buang (di ccleaner dan program and feature tak nampak). Jadi dengan menggunakan Revo uninstaller pro saya dapat membuang kesemua Java7 program dan segala anak beranak yang ditinggalkan oleh installer terdahulu(termasukla di registry). 


 Dan kemudian mestilah heppi ending...Yeyy!!saya dapat install Java 32 bit dan dapat berfungsi dengan baik di mozilla. sekian,berita terkini hari ini.LINK REVO UNINSTALLER

Wednesday, July 25, 2012

Dock trick - Memaparkan Shortcut Untuk Recent Item

Bagi pengguna yang selalu menggunakan applikasi tertentu setiap hari dan tidak mahu menyemakkan Dock Mac mereka dengan pelbagai shortcut,ini adalah berita yang baik untuk anda. Tutorial di bawah ditulis mengikut penulis asal iaitu Joshua Johnson di mac.appstorm.net .




Oleh kerana ianya ditulis pada 2010,saya menganggap bahawa ia sesuai di cuba pada mac os 10.5 dan keatas.Sekiranya ada yang menggunakan os x 10.4 dan berjaya,sila inform saya untuk tujuan update.

Thursday, December 8, 2011

Tolong!Apakah Makna Startup Ikon Dalam MacOSX?




Seringkali ketika kita power On Mac , kamu mungkin perasan terdapat ikon seperti Apple di boot screen bukan?
Sekiranya tiada masalah, kamu akan dipaparkan dengan ikon Apple bewarna kelabu ataupun versi lama, Happy Mac.
Tetapi sekiranya Mac kamu mengalami masalah dan tersangkut di boot skrin ,kamu akan dipaparkan dengan ikon-ikon yang berbeza.
Tahukah kamu setiap masalah memiliki ikon yang tersendiri yang mana akan memudahkan kamu untuk mengenal pasti apakah punca OSX anda tidak dapat dihidupkan seperti biasa.
Jadi adakah anda tahu apakah maksud setiap ikon tersebut?

Wednesday, December 7, 2011

Kongsi Mouse dan Keyboard Melalui 2 Monitor Berbeza


Disini saya ingin kongsikan pada semua pembaca yang menggunakan 2 set komputer berbeza atau lebih.

Situasi 

Anda memilik 2 set PC ataupun Mac (minimum 2 set) , jadi anda akan kata anda memerlukan 2 monitor, 2 CPU atau Machine , 2 mouse dan 2 keayboard bukan? 

Tidak semestinya! Anda hanya perlu 2 monitor dan CPU/Mac dan 1 set keyboard dan mouse. Jadi, bagaimana pula anda ingin gunakan 2 CPU/ Mac yang berbeza dalam satu-satu masa dengan hanya menggunakan 1 set mouse dan keyboard sahaja? Mustahil ke? Taklah.

Thursday, November 24, 2011

OSX LION - Apa Yang Kamu Perlu Tahu?




Apabila anda ingin mendapatkan  access User\Library folder tetapi folder tersebut telah hilang. Jangan risau, folder tersebut bukanlah hilang tetapi Osx Lion telah menyembunyikan folder tersebut.Cara untuk mendapatkannya kembali:

1-Buka Finder dan tekan butang  Command+Shift+G yang mana merupakan shorcut bagi FInder > Go > Go To Folder.Tuliskan ~/Library dan siap!!


Monday, October 3, 2011

Menghasilkan Tulisan Seperti Gel


1.Tuliskan perkataan.Disini saya menggunakan tulisan kirby.

Download

Friday, August 26, 2011

Efek Teks Disinari Cahaya


1-Buatkan 1 dokuman baru dan penuhkan dengan warna hitam dengan menggunakan paint bucket tool.

Thursday, August 25, 2011

Thursday, August 18, 2011

Menukar produk Key untuk Mac OFFICE 2008


Jika anda telah install office mac 2008 dengan produk key yang tidak sah,ataupun terinstall produk key yang sama keatas lebih dari 1 machine,anda hendaklah menukar produk key tersebut dengan produk key yang sah.

Namun,anda akan mengalami kebuntuan apabila tiada option atau sebarang butang untuk menukar produk key tersebut di dalam ms office mac 2008.Apa yang perlu anda lakukan ialah:

Friday, July 22, 2011

Menukar icon mac dengan mudah.





Disini saya akan tunjukkan langkah mudah untuk menukar ikon-ikon untuk file dan folder mac anda tanpa perlu install mana-mana 3rd party software seperti liteicon dan etc.
1.Jika anda mahukan icon yang fancy dan menarik,download di geekersmagazine, geekersmagazine2 ataupun di weloveicons.

Thursday, May 26, 2011

Menghasilkan Efek Matahari

Saya terbaca 1 tutorial untuk menghasilkan matahari di sebuah laman web berbahasa Inggeris.(Maaf tak ingat laman web apa).Sangat mudah!!Namun malangnya penulis tutorial tu nak cepat kot,tutorial tersebut tidak disertakan sekali dengan gambar.

Jadi disini,pada sesiapa yang mungkin pernah terbaca tutorial tersebut tetapi mengalami masalah untuk mencubanya kerana tidak mendapat gambaran yang jelas,janganlah risau.Disini,saya akan tunjukkan anda bagaimana untuk menghasilkan efek matahari dan maaf jika ada perbezaan dengan tutorial asal kerana saya memasukkan sedikit penambahan untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik.

Tuesday, May 17, 2011

Stealing Focus dan Cara Penyelesaian

Seseorang telah menalifon saya dan mengadu bahawa apabila dia menggunakan sesuatu applikasi,dalam kadar 30 saat aplikasi tersebut tiba-tiba tidak aktif dan dia terpaksa menekan window aplikasi tersebut semula.

Ini bermaksud contohnya apabila anda sedang menaip didalam microsoft word, tiba-tiba apa yang anda taip tidak timbul didalam microsoft word tersebut dan apabila anda lihat pada frame window itu sendiri ianya bewarna kelabu.Ini dinamakan window yang tidak aktif dan untuk mengaktifkannya kembali anda perlu klik kembali pada microsoft word.Ianya berbeza dengan minimise window kerana ia tidak mengecilkan window microsoft word kembali pada taskbar.

Apabila kejadian ini berlaku secara tiba-tiba dan kerap seperti setiap 30 minit, kemungkinan pc anda telah dijangkiti virus dan keadaan ini juga dipanggil "Stealing Focus".

Thursday, May 12, 2011

Cerita saya..

Baru pulang..Penat masih belum hilang tapi saya gagahkan juga untuk menulis pos ini.Terlalu lama saya meninggalkan blog ini tanpa sebarang pos baru.
Saya sangat sibuk dengan aktiviti pelajaran dan juga kerja.Begitu juga dengan hal-hal peribadi .Baru sahaja pulang dari outstation di luar negeri.Penat masih belum hilang.Tersangat sibuk dengan permulaan semester baru .
Itu dan ini perlu di baca dan pelajari sehingga timbul satu perasaan untuk membuat blog baru dan mengkhaskan untuk membantu rakan-rakan universiti yang lain di situ..Ye,mungkian saya akan lakukan.Hiap!! Masih lagi beremosi dan kurang tidur.Setiap kali pulang kerja,energi saya menurun 100%.Hanya mampu melihat laptop saya yang sudah diselaputi habuk dari jauh...
Sehingga tiba-tiba hari ini,saya rasa saya patut menulis sesuatu agar blog saya tidak 'MATI'.
............................................Malas~~~~~~.....
Mungkin agak lambat tapi "Selamat Hari IBU" ...mama..


Terima kasih kepada Cute-factor.com bagi avatar-avatar di atas.


Ditulis pada 11/5/2011 jam 7.30 p.m.
Background music: 6 month by Hey Monday

cerita apa sahaja.