Wednesday, July 7, 2010

Computer browser hilang dari services.msc

Baru-baru ini ada seorang user 
complaint kerana pc yang digunakan tidak dapat access folder yang dikongsikan didalam network.Jadi saya cuba godek-godek window yang digunakan,dan saya dapati service computer browser yang sangat penting untuk melihat list computer didalam network tiada didalam services.msc ( computer management).
-setelah google masaalah ini,saya  jumpe beberapa cara yang boleh diikuti jika anda mengalami masaalah yang sama.



1)Install Client for Microsoft Network
Bagi pengguna window xp
Bagi masaalah diatas,saya dapat selesaikan mengikut langkah 1 ini dengan mudah sekali.
-anda hanya perlu ke control panel-->network connection-->right click LAN (Local area connection)-->dan pilih properties.
-didalam kotak properties,cuba lihat samaada client for microsoft network ditandakan.Jika anda tidak dapat melihat client for microsoft network,klik butang Install,pilih Client dan pilih client for microsoft network.
-cuba lihat samaada computer browser muncul didalam list services.msc.

Pengguna vista:
Bagi pengguna vista,cara adalah sama kecuali jika anda tidak dapat mencari Local Area Connection didalam control panel,anda boleh pilih network and sharing center-->manage network connection-->dan anda akan dapat lihat LAN didalam window ini.

2)Jika cara diatas tidak dapat memberikan penyelesaian,anda boleh cuba run: sfc /scannow
-caranya mudah.klik start-->run-->dan tuliskan sfc /scannow.Anda mungkin akan nampak window flashing dalam sekelip mata dan cuba lihat samaada computer browser muncul didalam services.msc anda.

3)Masih tidak berjaya?Cuba cari browser.dll didalam c:/windows/systems32.jika tiada,cuba copy daripada mana-mana pc dan paste didalam path diatas.
Anda juga boleh download disini.

4)??? <-jika anda pernah mengalami masaalah ini,namun penyelesaian anda tidak dinyatakan diatas,cubalah kongsi-kongsi disini.

3 comments: