Showing posts with label Cerita apa saja. Show all posts
Showing posts with label Cerita apa saja. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Thursday, May 12, 2011

Cerita saya..

Baru pulang..Penat masih belum hilang tapi saya gagahkan juga untuk menulis pos ini.Terlalu lama saya meninggalkan blog ini tanpa sebarang pos baru.
Saya sangat sibuk dengan aktiviti pelajaran dan juga kerja.Begitu juga dengan hal-hal peribadi .Baru sahaja pulang dari outstation di luar negeri.Penat masih belum hilang.Tersangat sibuk dengan permulaan semester baru .
Itu dan ini perlu di baca dan pelajari sehingga timbul satu perasaan untuk membuat blog baru dan mengkhaskan untuk membantu rakan-rakan universiti yang lain di situ..Ye,mungkian saya akan lakukan.Hiap!! Masih lagi beremosi dan kurang tidur.Setiap kali pulang kerja,energi saya menurun 100%.Hanya mampu melihat laptop saya yang sudah diselaputi habuk dari jauh...
Sehingga tiba-tiba hari ini,saya rasa saya patut menulis sesuatu agar blog saya tidak 'MATI'.
............................................Malas~~~~~~.....
Mungkin agak lambat tapi "Selamat Hari IBU" ...mama..


Terima kasih kepada Cute-factor.com bagi avatar-avatar di atas.


Ditulis pada 11/5/2011 jam 7.30 p.m.
Background music: 6 month by Hey Monday

cerita apa sahaja.

Thursday, April 14, 2011

We're gonna party like it's your birthday!

To celebrate 3 years of growing the community, Says.my is giving gifts to Malaysians across the social media! Macbook Air, Samsung Plasma TV, iPhone 4, Canon SLR, iPad 2, Lomokit, trip to South Korea, IKEA room makeover, front row tickets to Justin Bieber's concert, shopping sprees to TopShop, Forever21, MNG etc... you have to see the full list. Good things are meant to be shared. Happy 3rd Birthday, everyone!


Klik di sini untuk MENANG!!

Saturday, February 26, 2011

1000

Saya berasa sangat gembira apabila melihat hit counter blog ini sudah mencecah lebih 1000.Sangat-sangat terharu apabila blog yang saya sangka tiada siapa pun yang akan baca sudah mencecah 1000 pembaca!!

Selepas ini target saya adalah 2000 pembaca dala masa 6bulan.Boleh ke?Harap dapatlah saya capai ye. < --Saya yang sangat gembira!! Saya sangat sibuk dengan komitmen kerja,pelajaran dan peribadi. (Walaupun saya masih bujang!<-harap bf saya tidak membaca blog ini!).Terlalu banyak perkara yang berlaku dan perlu diselesaikan secepat mungkin.Sibuk,sibuk dan sibuk!Sangat sedih kerana saya tidak mampu pos sebarang artikel sepanjang minggu lepas.Saya hanya mampu melawat sahaja. Saya rasa saya semakin kurus (Mungkin perasaan saya sahaja kot..).

Okey,okey..berbalik dengan angka 1000.Saya ingin mengucapkan 1000 terima kasih kepada pembaca yang memberikan sokongan keatas blog ini.

Terima kasih!!Terima kasih!!Terima kasih!!Terima kasih!!Terima kasih!!Terima kasih!!Terima kasih!!Terima kasih!!Terima kasih!!Terima kasih!!Terima kasih!!Terima kasih!!Terima kasih!!Terima kasih!!Terima kasih!!Terima kasih!!Terima kasih!!Terima kasih!!Terima kasih!!Terima kasih!!Terima kasih!!Terima kasih!!Terima kasih!!Terima kasih!!



Ok.Sudah!

Wednesday, February 2, 2011

Hujan.......

Hujan...
Air sungai sudah naik...Dan sekarang berada di rumah keluarga..

Apabila hujan,saya akan rasa kemalasan yang amat sangat..Dan nafsu makan saya bertambah.Perkara ini mungkin tidak berlaku jika berada di rumah saya .(Disini dapur penuh dengan makanan)

Langsung tak nampak matahari.Seharian saya bermalasan di sofa sambil menonton tv di rumah.


Tdo dikala hujan..Pergh!!!!


Agak risau jika esok saya tidak dapat pulang ke rumah kerana banjir.Rasa sangat malas  dan hanya mahu tengok tv.Tapi hari ini mesti poskan artikel2 yang telah saya tulis sebelum ini.Jangan malas!!!!

Betul-betul 
seperti saya 
yang kemalasan.



Oh ya.sebelum terlupa,Gong xi Fa Chai  kepada kesemua pembaca-pembaca yang menyambut perayaan ini.;)
P/s:Nak angpow!!Saya belum kawin lagi!!!

Monday, January 17, 2011

Tukar Template

Saya sedang menulis-menulis-dan menulis..
hari-hari menulis dan memikirkan apa yang perlu diposkan pada hari esok.Tapi apabila nak pos sahaja,mesti ada sesuatu yang menggangu saya seperti kerja-kerja yang berlambak diatas meja..
Hari cuti pun masih lagi perlu ke ofis untuk menyiapkan kerja..Jadi apabila saya sangat sibuk,saya akan lupa tentang pos-pos yang akan saya masukkan.

Kehidupan saya yang sangat menyedihkan.


Tiba di suatu hari,saya rasa template untuk blog saya perlu ditukar agar ianya lebih menarik dan lebih kena dengan tema blog ni yang menjuruskan ke arah Technology.
Bagaimana?OK tak?

Friday, January 14, 2011

Tak de apa nak post hari ni.Sedang membelek-belek DeviantArt.Rasa seronok pula tengok animation animation ni.
Sila-silalah melihat animasi ni.Sila klik pada gambar disisi kotak jika anda mengalami masalah untuk melihat animasi ini


Animator vs. Animation by *alanbecker on deviantART




Animator vs. Animation II by *alanbecker on deviantART

Monday, January 3, 2011

SELAMAT TAHUN BARU

Selamat tahun Baru 2011!!!!!!!!
Happy new year 2011!!!
سنة سعيدة 2011!!
2011の満足な新しい年!!!
새해 복 많이 받으세요 2011년!!

Sunday, November 28, 2010

cakap-cakap kosong edisi Disember 2010

Hai pembaca.
Dah lama tak cakap-cakap kosong dalam blog ni.
Asyik terlalu fokus kepada tutorial saje.Saya sangat sibuk kali ini.Kerja berlambak...selalu terlepas waktu makan.Dan kesihatan saya agak tidak memberangsangkan..Tapi rasanya bahasa saya didalam blog ni dah semakin maju.Yeah!!!Saya sangat hepiiiii!!!


Dan mmm..saya rasa jumlah pembaca kali ni dah meningkat kepada 600 lebih.Terima kasihllah kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ni.Saya akan cuba menaik taraf blog saya ni.
Terima kasih sekali lagi.




Sekarang saya dah ada hobi baru iaitu menjahit.Saya sekarang sedang cuba untuk menjahit sesuatu untuk orang tersayang.Harap-harap menjadi.Hohoho...

Juga kali ini saya sedang mendengar lagu-lagu daripada kumpulan Rock daripada Jepun iaitu OK ONE ROCK.Jika ada sesiapa yang berminat boleh cube try dengar disini.


Wednesday, April 21, 2010

ANIMAL TESTING PRODUCT

Tiba-tiba rasa cam bukan blog teknology pulak.
Err...saje..wat iklan..
emm..tadi tengok video from PETA pasal animal testing product.HUuuuu...sedih giler!!Macamanalah diorang ni kejam sangat?Tak de Otak ke?Tak de hati and perasaan ke?
Tengok ni.



Kat sini saya masukkan sekali link untuk check kompeni  mana yang menggunakan binatang sebagai bahan uji kaji produk dan yang tidak menggunakan binatang untuk menguji produk.

Tekan image dibawah untuk melihat list:





PETA - kasihanilah binatang-binatang ini..


Saya bukanlah pencinta binatang yang tegar.
Tetapi saya juga tidak mampu melihat binatang-binatang ini menderita...



Apa perasaan anda ketika melihat video ini??

















atau ini?






MARILAH BERTINDAK...


Ape itu PETA??
People for the Ethical Treatment of Animals (PETA), with more than 2 million members and supporters, is the largest animal rights organization in the world.

PETA focuses its attention on the four areas in which the largest numbers of animals suffer the most intensely for the longest periods of time: on factory farms, in laboratories, in the clothing trade, and in the entertainment industry. We also work on a variety of other issues, including the cruel killing of beavers, birds and other "pests," and the abuse of backyard dogs.

PETA works through public education, cruelty investigations, research, animal rescue, legislation, special events, celebrity involvement, and protest campaigns.<--sorry malas translate.

JOM TINJAU:












Saya amat mengesorkan kepada rakan-rakan untuk mengambil langkah ini.Jadilah rakan PETA dan sama-samalah kita membantu menghentikan penganiayaan ini...



Tuesday, April 6, 2010

helloo~~~



Hye!!Agak lama juga untuk saya menulis sesuatu yang baru untuk dimasukkan kedalam blog ini.Sibukkkkkkkknye.....sori semua yang melawat blog saya ni tanpa artikel yang baru.Idea ...kemarilah engkau...~ ~ ~.



Masih lagi blur untuk mendapatkan idea.Nampaknye otak saya dah berhenti berfungsi selepas beberapa minggu kerahan tenaga dan bekerja lebih masa..

Tapi!Tapi hari ni rasenye baiklah saya post sesuatu even nampak bodoh-bodoh jek,tapi rasenye ramai juga orang yang tak tahu pasal bende ni.Huh?Nampaknya gaya penulisan saya juga dah berubah.Dah banyak bahasa pasar dan dah tak seformal dulu kot..~~Errr..maaf. (^_^;).

Monday, November 30, 2009

USED ENGLISH NOVEL DIJUAL PADA HARGA RM65.JIMAT RM35



PRODUK CODE:FICT01






 




NOVEL:

1-THE TIME THIEF-BOOK TWO IN THE GIDEON TRILOGY by LyndaBuckley Archer.("may very well give J.K Rowling a run for her money"-SLJ)
2-TUNNEL by Rederick gordon & brian william.
3-THE MAGIC FAREWAY TREE(3 in 1) by enid Blyton.

USED ENGLISH NOVEL DIJUAL PADA HARGA RM50.JIMAT RM30.




PRODUK CODE:LOVE01


PERHATIAN!!!!Saya nak jual novel-novel English saya pada harga cume RM50 untuk 3 novel English yang agak popular gak tajuknye dan dikarang oleh pengarang yang agak fofuler gak.Novel-novelnye ialah:

1-A place called here by cecilia Ahern (No.1 bestselling author of PS,I LOVE YOU)
2-Do Over by Niki Burnham (Sequel bagi novel Royally Jacked dan Spin Control)
3-In the cards Love-mariah fredericks (A-must read series that will have readers rolling on the floor laughing-and maybe even wiping away a tear or two"-ulasan dari best selling author:Meg Cabot)


Novel-novel ni kalau dikira waktu saya beli tu harganye boleh cecah dalam RM70 lebih.kalau campur dengan pos lagi memang boleh untung dalam RM30.

Novel-novel ni saya jaga dengan baik,takde lipat-lipat kertas or even conteng-conteng.So mostly 90% look new.

Sunday, October 18, 2009

Tukar Template

Perasan tak?template dah bertukar..semuanya gara-gara template yang dulu sudahpun rosak..nak tak nak terpaksa tukar template lain...hmm....sedihnya... 

Sunday, August 23, 2009

JADUAL WAKTU IMSYAK DAN BERBUKA 2009

Untuk mendapatkan jadual waktu berbuka sila klik di sini :http://www.islam.gov.my/portal/puasa09.php

PUASA

Hari ni baru masuk 2 hari kita,umat islam berpuasa..
Tapi takde rasa apa-apa...Macam bukan dalam bulan puasa...Teringat bulan puasa dulu-dulu...
seronoknya bukan main lagi..Lebih-lebih lagi ketika disambut di kampung bersama keluarga...
Malam pertama bersama-sama jiran  ke surau untuk menunaikan solat terawih..Jalan yang gelap diterangi pelita-pelita yang dinyalakan..Lepas balik dari surau,pergi berjalan2 mengelilingi kampung bersama kawan-kawan...seronoknya.................

Pagi,walaupun mengantuk masih lagi bangun untuk bersahor..
Masakan mak yang penuh 1 meja tu memang sedap!!!Ikan bawal..sup ayam...dan macam-macam lauk lagi..Tak macam sekarang...lauk pauk semua dibeli..mana taknye...balik kerja,singgah di bazar ramadhan,beli lauk pauk untuk dimakan berbuka dan bersahur sekali.Kadang-kadang jemu dengan lauk yang sama setiap hari..Sahur pn jarang-jarang sekali,itupun ketika rajin...huh....hidup membujang.....
Waktu berbuka memang seronok...Setiap hari mak akan marah pada abah yang akan membeli pelbagai jenis makanan untuk berbuka...bila tak habis,abah akan cakap "lain kali tak nak beli dah kalau takde org nak habiskan.." tapi keesokannya abah mesti akan beli punye!!
Kuih puteri mandi memang hari-hari mesti buat punye!!Dalam pukul 4 mesti tengok tv,hanya kerana nak tengok waktu berbuka puasa...
Kul 5.30 pula mesti tengok Jejak Rasul..
Bila dah dekat raya pula Mak di ruang menjahit,menjahit semua baju raya pelanggan ,kami pula (abah,asyu,ayu dan saya) akan ke dapur menyiapkan kuih raya..sikit-sikit bunyi bising didapur.."abah,jangan letak banyak sangat gula".."hah,alamak tepung tak cukuplah,pegi beli"..dan macam2 lagi...kadang-kadang bau      
biskut yang dibakar tu membuatkan saya berbuka puasa...Malamnye pulak,belum sempat raya,kuih raya dalam balang dah separuh habis..lebih-lebih yang hangus ditepi...huh...rindunye time tu.....tak macam sekarang...kuih tunjuk jek.......................................................................



Selamat menyambut bulan Ramadan..

Saturday, August 22, 2009

Hello

Baru je nak berjjinak-jinak dalam dunia penulisan.Pening juga kepala nak fikirkan apa nak tulis sedangkan sebelum ni banyak perkara yang ingin disampaikan.
Sebenarnya  blog ni dibuat untuk membantu kawan-kawan senegara yang mana masih lagi blur2 bila berbicara tentang IT..
Bila sebut IT jek..mungkin ramai yang dah biasa tentangnya..ada yang dah jadi web programmer tapi bila nak format pc,ada juga yang hantar kedai.Jadi..macamana dia boleh jadi web programmer tapi tak tau nak format pc??Kesimpulannya,tak semua tau dan tak semua terrer IT..termasuklah saya...
soo,sama-samalah kita bantu-membantu mana yang boleh..^_^

Kemudian saya rasa nak masuk itu ini dalam blog ni yg mana langsung tak de kaitan dengan IT,soo...ianya akan jadi lebih umum...Jadi sebab tulah saya namakan blog ni GiveMeNama je,dan tidak "belajarIt","bantuIt" atau ape2 nama yang khusus untuk IT je....huh..bosannye...>.>