Wednesday, December 7, 2011

Kongsi Mouse dan Keyboard Melalui 2 Monitor Berbeza


Disini saya ingin kongsikan pada semua pembaca yang menggunakan 2 set komputer berbeza atau lebih.

Situasi 

Anda memilik 2 set PC ataupun Mac (minimum 2 set) , jadi anda akan kata anda memerlukan 2 monitor, 2 CPU atau Machine , 2 mouse dan 2 keayboard bukan? 

Tidak semestinya! Anda hanya perlu 2 monitor dan CPU/Mac dan 1 set keyboard dan mouse. Jadi, bagaimana pula anda ingin gunakan 2 CPU/ Mac yang berbeza dalam satu-satu masa dengan hanya menggunakan 1 set mouse dan keyboard sahaja? Mustahil ke? Taklah.

 Anda hanya perlukan aplikasi Sharemouse dan komputer yang memilik network connection. Dan anda bleh kongsikan mouse dan keyboard dengan kedua-dua komputer ini tanpa perlu menggunakan perkakasan hardware yang lain seperti KVMswitch.

Jadi bagaimanakah ia berfungsi? 

Caranya mudah sahaja, install aplikasi ini yang boleh didownload di sini ke atas kedua-dua komputer. 
Untuk personal use , free of charge namun anda mungkin perlukan internet access untuk authorize license selepas installation. 

Kemudian anda cuma perlu configure aplikasi ini agar ianya berjalan seperti kehendak anda.Ianya sangat mudah sekali dan anda sedia untuk menggunakannya.

 
Anda tidak hanya boleh menghubungkan 2 komputer yang menggunakan platform yang sama, tapi anda juga boleh berkongsi mouse dan keyboard dengan komputer yang run cross-platform seperti window dengan Mac. Namun anda perlu install aplikasi tersebut dengan mengunakan pakej installation mengikut platform masing-masing.

 

Anda juga boleh berkongsi dengan lebih dari 2 komputer. Selain itu terdapat banyak lagi keistimewaan produk ini yang mana anda boleh nilai sendiri melalui website developer di http://www.keyboard-and-mouse-sharing.com

Anda juga boleh dapatkan manual konfigurasi melalui laman web ini. Kemungkinan besar saya akan masukkan langkah kongfigurasi untuk anda ikuti dengan mudah. 

System requirement:

And a boleh gunakan Laptop, Komputer dengan operating systems window samaada 32-bit mahupun 64-bit dari XP kepada Window 7 ataupun platform Apple Mac OSX Snow Leopard atau Lion.

• Paling minimum dua komputer diperlukan. 

• Setiap komputer mesti mempunyai monitor sendiri. 

• Semua monitor mesti berhampiran anda. ShareMouse tidak berfungsi melalui internet dan adalah tidak bersesuaian mengawal sebuah komputer yang mana terletak dalam tempat berbeza. 

• Semua komputer mesti mendapat access network 

• Kira-kira 7 ruang cakera keras MB jika dipasang atas komputer.

No comments:

Post a Comment