Thursday, December 30, 2010

Menghasilkan Texture Meja Kayu Dengan Menggunakan Photoshop

final.jpg


Menggunakan filter HIGH PASS untuk menajamkan imej.


Selain menggunakan sharpern tool ataupun menggunakan unsharp mask,kita juga boleh menggunakan filter high pass untuk menajamkan imej dengan mudah dan cantik.

Tuesday, December 28, 2010

Mengenali fungsi FAde didalam Photoshop

Anda mungkin perasan apabila anda pergi ke Edit ,anda akan nampak 1 pilihan yang bernama "FADE".Tahukan anda apakah fungsi Fade tersebut.

fade.jpg
Ok.Fade digunakan apabila anda ingin melunturkan kesan yang telah dibuat sebelumnya seperti contohnya anda telah menggunakan Filter-->blur dan anda dapati kesan blur yang digunakan terlalu kuat dan ketika inilah anda boleh gunakan fungsi FADE.

Fade tidak terhad kepada Filter sahaja,ia juga boleh digunakan untuk Paint bucket tool dan sebagainya.(Anda boleh cuba dan lihat).

Kegunaan Fade ini sangat hebat kerana anda dapat mengasilkan imej yang lebih menarik!!

Tuesday, December 21, 2010

Bagaimana untuk reset password MAC OS X anda tanpa menggunakanaip cd installer

Bagaimana nak reset password?Senangje..pergi ke Systems Preference-->Accounts-->pilih user-->dan klik Change Password.Mudah bukan?Tapi kaedah ini hanya boleh diaplikasikan apabila anda mengetahui password untuk akaun Administrator Mac osx anda.Bagaimana pula jika anda merupakan satu-satunya user bagi Mac OSX ataupun anda adalah satu-satunya user yang mempunyai access Administrator?Tentu perkara ini akan menjadi lebih sukar bukan??Tapi jangan risau,disini saya akan tunjukkan bagaimana untuk reset password administrator anda tanpa menggunakan sebarang cd atau 3rd party application.


Friday, December 10, 2010

Menghasilkan silhouettes menggunakan Photoshop

graphic yang dihasilkan dengan menggunkan imej silhouette

Friday, December 3, 2010

Menghasilkan texture cengkerang kura-kura.


Texture adalah salah satu perkara yang cool tentang photoshop kerana ianya boleh digunakan berulang-ulang kali.

Kali ini saya akan tunjukkan bagaimana menghasilkan texture seperti diatas.

Sunday, November 28, 2010

APPLETALK HILANG didalam mac osx snow leopard-langkah menyambungkan printer menggunakan IP printing

Untuk pengetahuan semua,fungsi AppleTak telahpun dikeluarkan daripada peranti mac osx 10.6 keatas kerana Appletalk  adalah fungsi yang lama dan dianggap ketinggalan,lambat dan tidak cekap maka dengan itu Apple telah menggantikan fungsi Appletalk dengan fungsi dan protokol yang lebih maju dan lebih cekap.

        Ramai orang yang mengalami masaalah untuk menyambungkan printer kepada Mac OSX 10.6 selepas fungsi ini telah dibuang.Jika anda mengalami masaalah yang sama,anda boleh mengikuti langkah-lagkah dibawah untuk menyambungkan printer kepada Mac OSX anda.
Terdapat beberapa option untuk anda pilih seperti:

1)IP printing (LPR/LPD)
2)Shared printing
3)Window


Tetapi langkah yang paling famous ialah dengan menggunakan IP printing.

Bagaimana mengeluarkan cd yang tersekat di dalam mac

Dah lama juga saya tidak pos sesuatu mengenai Mac.Jadi kali ini saya akan tunjukkan bagaimana jika anda mengalami masalah untuk mengeluarkan cd/dvd anda yang tersekat didalam Mac.Sekiranya anda menekan butang Eject diatas keyboard (berbentuk seperti dibawah) tetapi tiada apa pun yang berlaku dan tray CD/DVD tidak keluar.
Eject key
Maka apa yang anda boleh cuba lakukan ialah pergi  ke :
1.Go-->Application -->Utilities -->Disk Utility.

2.Kemudian pilih cd/DVD yang anda ingin eject.Tekan Eject.

cakap-cakap kosong edisi Disember 2010

Hai pembaca.
Dah lama tak cakap-cakap kosong dalam blog ni.
Asyik terlalu fokus kepada tutorial saje.Saya sangat sibuk kali ini.Kerja berlambak...selalu terlepas waktu makan.Dan kesihatan saya agak tidak memberangsangkan..Tapi rasanya bahasa saya didalam blog ni dah semakin maju.Yeah!!!Saya sangat hepiiiii!!!


Dan mmm..saya rasa jumlah pembaca kali ni dah meningkat kepada 600 lebih.Terima kasihllah kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ni.Saya akan cuba menaik taraf blog saya ni.
Terima kasih sekali lagi.




Sekarang saya dah ada hobi baru iaitu menjahit.Saya sekarang sedang cuba untuk menjahit sesuatu untuk orang tersayang.Harap-harap menjadi.Hohoho...

Juga kali ini saya sedang mendengar lagu-lagu daripada kumpulan Rock daripada Jepun iaitu OK ONE ROCK.Jika ada sesiapa yang berminat boleh cube try dengar disini.


Belajar membentuk pattern garisan scan keatas gambar.

Anda biasa melihat efek seperti yang dikenakan keatas gambar seperti di bawah?Biasanya pattern ini diaplikasikan keatas komik ataupun cerita kartoon seperti didalam anime school rumble:


Tapi tahukah anda bagaimana untuk melakukannya?Kali ini saya akan tunjukkan bagaimana untuk membuat pattern dan bagaimana untuk mengaplikasikan keatas imej anda.Ianya amat mudah dan tidak memerlukan kepakaran pun.Asalkan anda biasa dengan tools dan perkara yang basic sudah boleh melakukannya.

Friday, November 19, 2010

Patchwork grid

Kali ni kita akan belajar bagaimana untuk menghasilkan gambar yang menarik dengan efek Patchwork Grid.
Gambar hasil

Thursday, November 18, 2010

Membaiki “Task Manager is Disabled”

Satu lagi masalah yang biasa dihadapi apabila windows diserang virus adalah Task Manager tidak dapat dipaparkan ataupun telah disekat serta memaparkan kotak mesej “Task Manager has
been disabled by your administrator.”
Untuk memulihkan keadaan,apa yang perlu anda lakukan ialah membuang virus yang terdapat didalam komputer dengan perisian antivirus seperti malwarebytes dan dr.web.(Saya lebih suka menggunakan perisian ini untuk membuang virus kerana ianya lebih mudah dan tepat).Anda boleh dapatkannya disini http://www.freedrweb.com/cureit/ untuk dr.web dan http://www.malwarebytes.org/ untuk malwarebytes.
Sila pastikan anda mematikan Systems Restore service terlebih dahulu sebelum mengimbas virus.Hidupkan kembali selepas virus dibuang.

Kadangkala Task Manager anda akan dapat dipaparkan selepas virus dibuang.Jika tidak berjaya,anda boleh mengikuti salah satu cara yang terdapat dibawah:

CARA 1:
Menggunakan Registry Editor (regedit)
Pada kotak Run, taipkan regedit dan tekan Enter.(Jika Regedit anda tidak dapat dipaparkan,sila baca post ini.
2. Pergi ke HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies.
3. Cari DisableTaskMgr dan tukarkannya kepada 0.

CARA 2.

Menggunakan Group Policy Editor (gpedit.msc).Sekiranya anda tidak berjaya memaparkan kotak gpedit.msc,sila baca post ini
1. Pada kotak Run, taipkan gpedit.msc dan tekan Enter untuk melancarkan Group Policy Editor.
2. Pergi ke User Configuration\Administrative Templates\System\Ctrl + Alt + Del Options
3. Pada bahagian kanan, double-click pada Remove Task Manager dan tukarkannya kepada Disabled.

Membaiki ‘Registry Editing Has Been Disabled’

Apabila windows anda dijangkiti virus,kemungkinan besar anda tidak akan dapat membuka Regedit (Registry Editor).Dan sekiranya anda cuba membukanya,windows akan memaparkan mesej “Registry editing has been disabled by your administrator” apabila anda cuba membuka regedit.Anda mungkin perlu mencuba langkah seperti dibawah jika anda ingin  menyelesaikan masalah ini.

Anda tidak perlu mengikut kesemua langkah yang dipaparkan.Pilihlah mengikut apa yang paling mudah bagi anda.

CARA 1:
Menggunakan Group Policy Editor (gpedit.msc)

1.Pada kotak Run, taipkan gpedit.msc dan tekan Enter untuk melancarkan Group  Policy Editor.
2. Pergi ke User Configuration\Administrative Templates\System
3. Double-click pada Prevent access to registry editing tools
4. Tukarkan nilainya kepada Disabled


CARA 2.
Mengunakan Third-Party Registry Editor.
1. Gunakan software yang boleh akses registry, selain dari regedit.
2. Pergi ke HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System
3. Cari DisableRegistryTools dan tukarkannya kepada 0.
Contoh Third-Party Registry Editor yang anda boleh gunakan ialah

Registrar Registry Manager (Lite Version) http://www.resplendence.com/downloads.

Monday, November 8, 2010

Membentuk pemandangan langit pada waktu malam



Versi:Photoshop cs4.
Boleh diampikasikan keatas Photoshop cs2 keatas.Photoshop cs belum cuba.
Tahap kehebatan menggunakan Photoshop: Budak baru belajar. 
Waktu:5minit.

Saturday, October 30, 2010

EFEK dua WARNA

Sebelum


Selepas

Teknik 2 warna ini diadaptasi daripada gambar yang diambil ketika zaman dulu-dulu yang mana merupakan campuran 2 warna hijau dan merah (RG color mode) dan bukan merah,hijau dan biru(RGB color mode)


Versi:Photoshop cs4.
Boleh diampikasikan keatas Photoshop cs2 keatas.Photoshop cs belum cuba.
Tahap kehebatan menggunakan Photoshop:Tahap budak sekolah rendah sehingga tahap Pengetua.
Waktu:5minit.


Wednesday, October 13, 2010

TUKARKAN FILE KE PDF MENGGUNAKAN OPEN OFFICE


Open office adalah program alternatif kepada Microsoft Office yang mana program ini sendiri adalah open source yang boleh didapati dengan percuma tanpa sebarang bayaran - anda boleh lihat pos saya yang sebelum ini : .Terdapat beberapa keistimewaan yang boleh didapati seperti kebolehan untuk membaca file format Microsoft Office 2007 serta kebolehan untuk menukarkan file daripada Open Office kepada file PDF yang mana lebih compatible untuk dimuat turun ke dalam laman web ataupun email.Phewww....Bahasa ku yang indah.Harap-harap takde kesalahan bahasa.

Ok..enoughhhh!!mmm..saya maksudkan cukupp!Ok,hari kita akan belajar macamana nak tukar file daripada dokumen kepada pdf.
Follow this step,kawan-kawan:
1.Buka Open Office (Writer,Calc,Impress <-mengikut kemahuan anda).Mula menaip..bla..bla..


2.Kemudian tekan "File",dan kemuadian pilih "Export as PDF".Kemudian PDF option dialog akan keluar,disitu anda dapat mengubah kandungan dan kualiti file PDF anda.Jika anda tidak pasti,tekan "Help".Jika masih tidak pasti,klik "Export."

2.Masukkan nama dan pilih lokasi untuk file anda.Klik "Save".Dan siap!!


JOM JIMAT DENGAN OPEN OFFICE


Pernah dengar program open source?????Mesti ramai yang dah pernah dengar tentang software open source ni kan??Macam-macam ada..Yang lagi bagus ialah ianya percuma.Bagaimana pula dengan Open Office????Mungkin ada yang pernah dengar dan ada yang tidak pernah.Ok..ok..jap,nak bukak buku jap.


Ok,Open office ni  adalah salah satu perisian percuma yang digunakan untuk memproses perkataan,presentation,graphic,database,spreadsheet dll.Ianya adalah alternatif bagi Microsoft Office kerana ianya adalah percuma!!Wow!Berfungsi dengan hampir kesemua komputer biasa (Tak perlu yang power pun ok) serta disediakan dengan pelbagai bahasa. 

Wednesday, July 7, 2010

Computer browser hilang dari services.msc

Baru-baru ini ada seorang user 
complaint kerana pc yang digunakan tidak dapat access folder yang dikongsikan didalam network.Jadi saya cuba godek-godek window yang digunakan,dan saya dapati service computer browser yang sangat penting untuk melihat list computer didalam network tiada didalam services.msc ( computer management).
-setelah google masaalah ini,saya  jumpe beberapa cara yang boleh diikuti jika anda mengalami masaalah yang sama.

Wednesday, June 23, 2010

MENGHASILKAN TRANSPARENT GIF IMAGE.

 

Dulu pernah time baru-baru kenal dengan photoshop,terkontang-kanting juga untuk buat image yang transparent kat background.errr...ape pulak image yang transparent kat background ni?bambi tolong explain sikit...

Baiklah puan/tuan/adik/kakak/abang sekalian..Imej yang ada transparent background ni ialah imej yang mana hanya objek tu je ada kat gambar tu,and belakang object tu takde apa-apa.kalau diletak diatas kanvas putih,maka putihlah belakang dia and kalau letak kaler kuning ke...ijau ke..kaler background akan berubah mengikut apa yang kita nak masukkan.Kiranya imej ni memang berguna kalau kita nak masukkan beberapa kali pun keatas mana-mana background,text mahupun gambar lain tanpa perlu kita crop berulang kali.
err...paham tak ni?

cara yang mudah jek..sebenarnya bergantung dengan gambar juga..kalau gambar yang banyak detail tu,memang penat juga nak buat.Apa-apapun,jom usha dulu camne nak buat.

Tahap:Beginner dengan pengetahuan menggunakan pen tool,lasso tool,eraser tool dan sedikit pengetahuan dengan layer path.

MASA: 5minit-1jam mengikut pilihan gambar.

MELAYARI GROOVESHARK TANPA IKLAN



PEMANGSA: Tukang menkoding.
MANGSA: Iklan
LOKASI: www.grooveshark.com
WAKTU KEJADIAN: Bila-bila bermula sekarang.
KETERANGAN: Laman  web grooveshark adalah  salah satu laman web yang popular yang menyediakan perkhidmatan radio internet,audio streaming,music online ataupun ape-apelah yang berkaitan dengan music.Anda boleh dengar lagu dari english-jepun mahupun korea.(sorry,yang lain tak pernah cuba lagi).Kiranya boleh jadi playlist online..tak payah susah-susah nak download lagu.Anda hanya perlu mendaftar(register) akaun dan bila dah siap,cuma login dan search for the song dan main.Tapi masalahnya ialah apabila anda mendaftar untuk akaun basic dan bukan akaun vip,anda akan lihat terdapat iklan pada sebelah kanan page tu.Kalau iklan biasa-biasa tu okla..tapi kadang-kadang iklan "body scanner" tu agak kurang sesuai untuk tontonan umum(lebih2 lagi kalau bukak dekat opis).
So,camne nak buang iklan tu tanpa perlu mendaftar sebagai VIP?





Wednesday, April 21, 2010

ANIMAL TESTING PRODUCT

Tiba-tiba rasa cam bukan blog teknology pulak.
Err...saje..wat iklan..
emm..tadi tengok video from PETA pasal animal testing product.HUuuuu...sedih giler!!Macamanalah diorang ni kejam sangat?Tak de Otak ke?Tak de hati and perasaan ke?
Tengok ni.



Kat sini saya masukkan sekali link untuk check kompeni  mana yang menggunakan binatang sebagai bahan uji kaji produk dan yang tidak menggunakan binatang untuk menguji produk.

Tekan image dibawah untuk melihat list:





PETA - kasihanilah binatang-binatang ini..


Saya bukanlah pencinta binatang yang tegar.
Tetapi saya juga tidak mampu melihat binatang-binatang ini menderita...



Apa perasaan anda ketika melihat video ini??

















atau ini?






MARILAH BERTINDAK...


Ape itu PETA??
People for the Ethical Treatment of Animals (PETA), with more than 2 million members and supporters, is the largest animal rights organization in the world.

PETA focuses its attention on the four areas in which the largest numbers of animals suffer the most intensely for the longest periods of time: on factory farms, in laboratories, in the clothing trade, and in the entertainment industry. We also work on a variety of other issues, including the cruel killing of beavers, birds and other "pests," and the abuse of backyard dogs.

PETA works through public education, cruelty investigations, research, animal rescue, legislation, special events, celebrity involvement, and protest campaigns.<--sorry malas translate.

JOM TINJAU:












Saya amat mengesorkan kepada rakan-rakan untuk mengambil langkah ini.Jadilah rakan PETA dan sama-samalah kita membantu menghentikan penganiayaan ini...



Tuesday, April 6, 2010

TUKAR AM/PM ANDA


TUKAR AM/PM ANDA
Pukul berapa?Kalau anda lihat pada jam di pc anda,anda akan lihat nombor:nombor AM/PM.Bosan?Rasa tiba-tiba nak berlagak dengan kawan-kawan atau nak menguji IT tech yang anda rasa macam tak berapa bijak tapi berlagak konon semua tahu kononnya pc anda dimasuki virus?Jom,mudah je.

Boleh diaplikasikan dalam window xp dan vista.Maaf,belum cuba dalam window 7,tapi rasanya boleh kot..┐(´ãƒ¼`)┌.

MENGHENTIKAN WINDOW XP ERROR REPORT NOTIFICATION

MENGHENTIKAN WINDOW XP ERROR REPORT NOTIFICATION.
Kadang-kadang,apabila sesuatu program hang atau mengalami kegagalan untuk berfungsi seperti contohnya secara tiba-tiba application/programyang kita buka tu tertutup dengan sendirinya,ataupun tak boleh dibuka ataupun hang jek,window akan memaparkan mesej error selepas program itu ditutup dan didalam mesej tersebut dinyatakan seperti ini:"the application has encountered a problem and needs to close." Dan anda diberi pilihan untuk menekan butang "don't send" atau "send error report" kepada Microsoft.Biasanya kita akan memilih "don't send",lebih-lebih lagi bagi pengguna yang tidak mendapat akses internet.Bagi report yang muncul sekali dua tu memanglah tak terasa sangat bahawa report ni sebenarnya annoying,tapi kalau nak dibuat sekali tu error report ni keluar 2-3-4-15 kali maunye bengkak jugala jari tu nak klik "don't send".So,daripada kita takde kerja bagi jari tu bengkak baik kita matikan jek report notification ni.Lepas tu ha,kan muat jari tu kat bola boling..Jom,jom:

helloo~~~



Hye!!Agak lama juga untuk saya menulis sesuatu yang baru untuk dimasukkan kedalam blog ini.Sibukkkkkkkknye.....sori semua yang melawat blog saya ni tanpa artikel yang baru.Idea ...kemarilah engkau...~ ~ ~.



Masih lagi blur untuk mendapatkan idea.Nampaknye otak saya dah berhenti berfungsi selepas beberapa minggu kerahan tenaga dan bekerja lebih masa..

Tapi!Tapi hari ni rasenye baiklah saya post sesuatu even nampak bodoh-bodoh jek,tapi rasenye ramai juga orang yang tak tahu pasal bende ni.Huh?Nampaknya gaya penulisan saya juga dah berubah.Dah banyak bahasa pasar dan dah tak seformal dulu kot..~~Errr..maaf. (^_^;).

Saturday, January 30, 2010

Defrage lebih daripada 1 harddrive dalam satu masa

Salah satu cara untuk maintain window dan harddisk adalah dengan melarikan atau dalam bahasa komputer dan english adalah run disk defragment utility.Utility ini amat mudah digunakan namun terhad kerana tidak membenarkan anda defrag lebih dari satu partition dalam 1 masa.

Tapi sebenarnya kita memiliki pilihan lain iaitu dengan menyediakan batch file untuk memudahkan kerja ini tapi dengan cara yang tidak berapa friendly iaitu dengan menggunakan syntax command prompt.

caranya masih mudah,anda hanya:
1-buat satu file kosong dengan menggunakan notepad dan namakan defrag.bat atau ikut-suke-hati-nak-letak-nama-apa.bat dan dah tentulah ikut-suke-hati-nak-letak-nama-apa.bat anda boleh masukkan apa nama yang anda rasa nak namakan.Savekan dimana-mana tempat yang anda suka.
2-kemudian masukkan line ini didalam notepad tu,copy arahan dibawah:
defrag c: -f

biar saya terangkan maksud bagi syntax bagi line diatas.

defrag [-a] [-f] [-v] [-?]
volume drive letter or mount point (d: or d:volmountpoint)
-a untuk Analyze sahaja
-f defrag tetap akan berlaku walaupun free space bagi volume tersebut sedikit.
-v Verbose output
-? Display this help text


Jadi jika anda mempunya volume c,d,f,g anda hanya perlu copy line diatas dan tukarkan c kepada huruf yang telah ditetapkan keatas setiap volume hard drive anda.

contoh:
defrag c: -f
defrag d: -f
defrag f: -f
defrag g: -f


atau anda boleh tukarkan -f kepada -a untuk membuat penilaian terhadap volume yang anda mahukan.

contoh:
defrag c: -a

Dan apabila anda ingin run defrage,cuma double click file ini,tunggu dan debaboom,siap.