Saturday, October 17, 2009

JOM BELAJAR COMMAND CMD LAGI (part 2)


Okay,minggu lepas kita dah belajar sedikit sebanyak tentang beberapa command yang digunakan didalam konsol comand promp ataupun lebih dikenali dengan CMD.Bila baca-baca balik langsung tak menarik pulak karya saya ni,yela..tak bergambar.Maklumlah,dibuat secara tergesa-gesa jadi kali ni saya akan cuba masukkan beberapa imej agar anda lebih faham tentang command tersebut.Lagi satu,saya betul-betul memohon maaf atas kesilapan bahasa dansesungguhnya saya sedang berusaha memantapkan bahasa Melayu saya yang agak lemah ni.
Lagi satu,ketika tutorial ini ditulis adalah pada hari penganut agama hindu menyambut hari Deepavali jadi selamat HARI DEEPAVALI kepada kesemua yang menyambut perayaan ni.Tapi tak tahulah kalau-kalau ada pembaca yang beragama hindu yang baca blog ni tapi atas dasar 1Malaysia punya pasal saya tetap ingin ucapkan selamat HaRI DEEPAVALI.Now!!Back to work everybody!!!







6.md (Make Directory)
Untuk membuat satu Directory ataupun folder  kita bolehlah gunakan command MD.
Contohnya saya ingin membuat 1 folder bernama AKU didalam drive E.Jadi saya hanya perlu menulis:
C:>e:
E:>MD aku
Jadi di sini saya telah membuat 1 folder bernama aku.Bagaimana pula jika ingin memasukkan folder aku2 kedalam folder AKU?Cuba guna command ni pulak:
E:>MD \aku\aku2


Syntax:
MD [new_directory]


















7.rd (Remove Directory)



Command ini akan delete directory ataupun folder yang kosong(empty folder) kerana RD tidak berfungsi apabila terdapat file didalam folder yang ingin didelete.Seharusnya dikosongkan terlebih dahulu file yang berada di dalam folder yang ingin didelete.


Contoh:Dalam kes ini,saya memiliki folder 1 didalam drive E,dan didalam folder 1 terdapat beberapa file dan folder 2.Jadi untuk ini saya menggunakan command ini:
E:>dir 1
Dan hasilnya adalah:

Volume in drive E is New Volume
Volume Serial Number is 16C6-D678
Directory of E:\1
10/16/2009 08:38 PM <DIR> .
10/16/2009 08:38 PM <DIR> ..
10/16/2009 08:37 PM <DIR> 2
10/16/2009 08:38 PM 76,800 eeeee.doc
10/16/2009 08:38 PM 76,800 sd.doc
                                                                                2 File(s) 153,600 bytes
                                                                                 3 Dir(s) 103,607,148,544 bytes free
Saya masukkan lagi command dibawah untuk memusnahkan  file didalam folder 1.
E:\>del 1
E:\1\*, Are you sure (Y/N)? y
Kemudian saya masuk kedalam folder 1 untuk membuang file yang berada didalam folder 2.
E:>cd 1
E:\1:>dir 2
Dan saya akan runkan command seperti sebelumnya iaitu E:/1:>del 2
Apabila folder 2 sudah kosong,saya akan delete folder 2 dahulu dan kemudiannya barulah folder 1 dengan command ini:
E:/1>rd 2
E:>rd 1
Sudah siap.


Senang bukan?Namun agak leceh.Rasanya nak je saya pegi right click pada folder 1 dan tekan delete je.hmmm….ape boleh buat..nak menunjuk punye pasal….
So,untuk ini kita ada 3 step iaitu


DIR 1
DEL
1
RD
1


Syntax:
c:>rd [nama folder/direktori yang ingin dibuang]


8.dir (Directory)
Tadi ada tertulis DIR,tapi binatang apakah itu??Okay DIR itu fungsinya adalah untuk menunjukkan apa yang berada didalam directory itu samada file mahupun folder.


Contohnya:Untuk  melihat apa yang berada didalam drive E saya hanya menulis E:>dir dan semua file dan folder didalam E akan dilistkan.Bagaimana pula jika saya ingin listkan word document yang berada di dalam drive E saya sahaja.Jadi saya cuma perlu menulis E:>dir *.doc dan TAdaaa!!!kesemua file doc saya akan dilistkan.
Syntax:
[directory_yg_ingin_dibaca]:>dir
<image rd1>


9.REN (Rename)
REN adalah short bagi  command RENAME.Dalam situasi ini,saya ingin menukar nama file virus.txt kepada virus1.txt didalam path E saya.JAdi:
E:>REN virus.txt virus1.txt
Macam tu je..





Syntax:

REN [nama_file nama_file_baru]









10.del (Delete)
DEL berfungsi untuk membuang file dengan tidak membenarkan system menyimpan file tersebut didalam RECYCLE BIN.Fungsinya sama seperti paper shredder dan satu cara untuk mengembalikan file ni hanya dengan menggunakan software untuk RECOVER FILE je.


Contoh:
Saya ingin buang file virus autorun.bat yang dah lama menumpang@free loader dalam drive C kawan saya.Jadi,saya hanya perlu tulis:
C:>del autorun.inf
Ataupun kalau nama file itu terlalu panjang,saya hanya perlu menulis *.inf dan assume inf itu adalah file extension seperti .doc,.jpeg,.exe atau sebagainya.Tapi pastikan didalam directory tu  tiada file yang mempunyai extension yang sama seperti yang anda ingin delete.Kalau terdelete..anda mungkin perlu melaburkan beberapa duit simpanan untuk membeli software recover file yang telah didelete.BAHAYA tau!!Jangan kata saya tak warning pulak.


11.fc (File Compare)
FC berfungsi untuk membuat prbandingan antara 2 atau lebih file  dan menunjukan perbezaan diantara mereka.


Syntax:
C:>FC file_path1/namafile1 file_path2/namafile2
atau
C:>FC /B file_path1/namafile1 file_path2/namafile2


akan bersambung lagiiii...



No comments:

Post a Comment